Suami terkejut terdengar jeritan minta tolong dari kubur isteri setelah sehari dikebumikan.
“Ketika saya meletakkan tangan di kuburnya, saya boleh mendengar bunyi-bunyi dari dalam. Saya dengar bunyi hantukan dan kemudian saya terdengar suaranya. Dia menjerit meminta tolong,” suaminya Rudy Gonzales memberitahu berita TV tempatan Primer Impacto.
Yakin bahawa suara jeritan tersebut adalah isterinya, dia bersama-sama ahli keluarga yang lain bertungkus lumus memecahkan binaan konkrit kubur bagi mengeluarkan mayat tersebut.
Selepas sehari dikebumikan, suara yang didengari Gonzales sangat mengembirakannya dan memberi harapan isteri yang baru dikahwininya itu masih hidup
“Sudah sehari beliau dikebumikan.
“Saya tidak boleh percaya. Saya gembira dan penuh harapan,” kata Gonzales.
Selepas mayat Perez dikeluarkan, keluarga tersebut bergegas membawanya ke hospital berdekatan di San Pedro Sula
“Keluarga terbabit bergegas ke hospital dan hampir memecahkan pintu hospital.
“Saya memberitahu mereka untuk membawanya keluar dan meletakkannya di atas katil,” kata Doktor Claudia Lopez.
Namun harapan keluarga Perez bahawa remaja itu masih hidup musnah apabila Perez disahkan meninggal dunia setelah diperiksa oleh doktor
“Semua orang mengatakan dia masih hidup, jadi saya lakukan semua prosedur yang diperlukan,” kata Lopez.
“Kami menilai dan mencuba segala-galanya tetapi gadis itu sudah mati,” Lopez menambah.
Selepas disahkan meninggal dunia, remaja berkenaan dikebumikan semula di kubur yang sama
Ibu Perez, Maria Gutierrez kini percaya anaknya telah ditanam hidup-hidup dan menyalahkan pihak perubatan kerana terburu-buru mengisytiharkan anaknya sudah mati
“Doktor telah mengesahkan dia sudah meninggal dunia tapi orang di sekeliling saya masih cakap pada saya yang dia masih hidup dan dia tidak nampak macam sudah mati.
“Walaupun selepas sehari dikebumikan, warna badan beliau masih normal, dan mayatnya tidak berbau. Dia hanya kelihatan seperti sedang tidur dengan lena.
“Selepas diisytiharkan mati untuk sekian lama, semua orang mengatakan bahawa dia telah hidup semula.
“Kami semua sangat gembira. Saya fikir saya akan dapat semula anak perempuan saya.” kata Maria Gutierrez.
Pada awalnya, Perez yang mengandung tiga bulan dilaporkan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika bangun untuk ke tandas pada waktu malam
Dia kemudiannya dikebumikan dengan pakaian pengantin yang dipakainya ketika berkahwin baru-baru ini.