Suami tak jadi cerai selepas tangkap isteri curang

Photo of author

By Syima Iza

Suami tak jadi cerai selepas tangkap isteri curang.

Seorang lelaki di Thailand membatalkan perjanjian cerai dengan isterinya selepas menangkap wanita itu curang bersama pemuda lain, sehari sebelum mereka menandatangani surat perceraian rasmi, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Lelaki itu sebaliknya memfailkan aduan mengenai hubungan seks luar nikah terhadap isterinya dan kekasih wanita tersebut.

Suami tak jadi cerai selepas tangkap isteri curang

Lelaki berusia 21 tahun itu berkongsi kisahnya dalam temu bual program berita Hone Keasae. Menurutnya, dia mengetahui hubungan sulit isterinya kira-kira sebulan selepas mereka berpisah.
Walaupun mereka belum menandatangani surat cerai secara rasmi, lelaki tersebut menemui isterinya bersama kekasihnya di dalam sebuah bilik di wilayah Chon Buri pada 16 Oktober lalu.

Wanita itu bagaimanapun menafikan bahawa dia melakukan hubungan terlarang bersama teman lelakinya.

Berang dengan keadaan itu, si suami enggan meneruskan perceraian mereka, sebaliknya memfailkan dakwaan bersekedudukan terhadap isterinya.

Baca Lagi:
Senarai 5 telur paling mahal di dunia, no 5 paling tak masuk akal harga sebiji
Ini sebab kenapa Kelantan pertahan pilih syarikat bukan bumiputera siapkan KB Sentral
Bagaimana nak kesan ‘hidden camera’ dalam bilik hotel? Guna 5 teknik ini pasti berkesan!