Suami pekakkan telinga kena perli dengan rakan kerja sebab jaga isteri hingga akhir hayat.
Setia hingga hujung nyawa – ungkapan yang tepat untuk menggambarkan seorang lelaki yang memilih untuk menghabiskan sisa hidup bersama isterinya yang terlantar sakit di hospital.
Diperli Rakan Sekerja
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu dikenali sebagai Amsyar Zulkeply menceritakan pengalaman diperli oleh rakan sekerjanya kerana sering mengambil cuti.
Menurutnya, wang boleh dicari, tetapi nyawa tiada gantinya.
“Dulu dengan arwah isteri, saya selalu cuti dan pernah ambil cuti tanpa gaji selama berbulan-bulan. Saya tak kisah hilang kerja kerana saya lebih pentingkan keluarga. Duit boleh dicari, tapi kasih sayang susah nak dicari.”
@amsyarzulkeply20Dulu dgn arwah isteri aku selalu cuti dan penah cuti tanpa gaji selama berbulan bulan sebab jaga arwah isteri sakit sampai akhir hayat arwah. Aku tak kisah hilang kerja hilang duit. Orang nak kata apa sekali pun kat aku ni. Aku lebih penting kan family. Duit kita boleh carik. Kasih sayang susah kita nak cari. Walaupun aku dah kahwin yg kali kedua dan aku akan tetap jaga isteri aku yg sekarang kalau dia sakit sekali pun macam mana aku jaga arwah isteri yg dulu. Aku tak kisah apa org nak ckp kat aku takut bini ke apa ke kan tak lepak dgn member apa ke kan. Sebab Pengalaman yg pernah ada dlm diri aku selama ni. Selagi dia masih hidup aku akan hargai isteri aku yg sekarang. Ingat kasih sayang dan masa bersama family susah untuk dibeli. Duit dan harta kita bole cari dlm dunia ni. Hidup manusia berbeza tak kan sama dgn kita. Masing masing ada tanggungjawab.
Amsyar juga sempat mengingatkan bahawa setiap manusia menghadapi ujian hidup yang berbeza.
“Saya tak kisah apa orang nak cakap. Ingat, kasih sayang dan masa bersama keluarga tidak boleh dibeli. Hidup manusia berbeza, masing-masing ada tanggungjawab tersendiri.”
Netizen Puji Semangat Jaga Isteri
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi kisah mereka yang mengutamakan ahli keluarga walaupun menghadapi pelbagai kritikan daripada orang sekeliling.
Selain itu, sikap Amsyar yang sanggup berkorban demi isteri tercinta sehingga ke akhir hayatnya turut menerima pujian daripada warganet.