Suami Mira Filzah tanding Exco Pemuda Umno

Suami Mira Filzah tanding Exco Pemuda Umno

Suami Mira Filzah tanding Exco Pemuda Umno. Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar mengesahkan dirinya bertanding bagi jawatan Exco Pemuda UMNO dalam pemilihan parti bulan depan.

Beliau merupakan suami kepada selebriti terkenal, Nur Amirah Filzah Badioezaman atau dikenali Mira Filzah berkata, keputusan itu dibuat bagi membawa pembaharuan dalam parti.

“Saya hantar borang untuk menawarkan diri sebagai Exco Pemuda UMNO. ALLAH jentik hati untuk cuba menawarkan perkhidmatan saya untuk parti UMNO ini.

Suami Mira Filzah tanding Exco Pemuda Umno

“Saya mahu cuba bawa keyakinan semula kepada parti setelah apa yang berlaku pada PRU lepas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.

Pada 28 Januari, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pemilihan UMNO akan diadakan bermula pada 1 Februari hingga 18 Mac ini.

Tambah Ahmad, tarikh pendaftaran bagi calon-calon untuk pertandingan di Bahagian dan Pusat bermula pada 13 Februari 2023 dan ditutup pada 26 Februari 2023 jam 5.00 petang.

Wan Emir yang juga anak kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid berkata, kudrat dan tenaga akan disumbangkan sepenuhnya kepada parti tersebut sekiranya diberi peluang menjawat jawatan itu.

“Mungkin saya nak cuba, macam mana saya boleh nak menawarkan khidmat kepada Pemuda UMNO. Lagi-lagi Undi 18 dan segalanya ini, mungkin ada pendekatan baru yang boleh digunakan untuk meraih undi pengundi pada masa akan datang.

“Tengoklah macam mana (mungkin) penjenamaan semula, apa yang kita boleh buat untuk UMNO,” jelasnya.

Jumaat lalu, Ahli UMNO Bahagian Kulai, Norazuah Saadon yang juga isteri kepada pemain bass kumpulan Search, Nasir Daud turut menawarkan diri bertanding jawatan Exco Wanita UMNO bagi pemilihan parti itu bagi penggal 2023/2026.

Memetik laporan UMNO Online, borang pendaftaran diserahkan Nasir di Auditorium Menara Dato’ Onn pada Khamis.

Baca Lagi:
Beruntung lelaki ini, hanya lepak di rumah manakala 3 isterinya bekerja
Penjenayah profesional letupkan 2 mesin ATM dalam masa lima minit, larikan RM349,000
Suami askar kaki hutang, isteri hamil menangis luah perasaan di radio baki gaji selalu negatif
CATEGORIES