Suami makan nasi bungkus seminggu selepas sorok bantal busuk isteri.
Aku baru saja kahwin dengan isteri beberapa bulan lepas. Sebelum kami berkahwin, aku tak pernah tahu dia ada bantal busuk. Ini bukan sekadar nama, tapi memang betul-betul bantal busuk. Dia siap bawa bantal tu tidur setiap malam, dan kadang-kadang sampai terlepek atas muka aku. Mula-mula, aku tak kisah, tapi lama-kelamaan bau bantal tu boleh buat aku pening kepala.
Aku pernah berbincang dengan dia secara baik, suruh dia basuh bantal tu. Yelah, mesti banyak kuman sebab dah lama tak basuh, tapi dia tak nak. Dia kata nanti dah tak sama feel dia tu.
Satu hari, aku plan nak sorok bantal busuk tu dan bagitahu dia yang aku dah buang. Bila aku sorok bantal tu, dia mengamuk, sampai menangis. Seminggu jugak aku kena makan nasi bungkus.
Lepas tu, aku cuba pujuk dia ajak pergi beli bantal baru dan buat bantal busuk yang baru. Sebab pada 30 Ogos sampai 1 September 2024 nanti, CommerceAsia Warehouse ada buat CommerceAsia Warehouse Sale 2024 dengan diskaun dari 70% sampai 90%. Apa kena mengena dengan bantal busuk? CommerceAsia ni ada jual banyak barang-barang kelengkapan rumah.
Jenama paling popular, Akemi. Ya, jenama cadar dan bantal yang ramai orang suka tu. Aku memang suka bantal Akemi, lembut macam bantal hotel. Bolster dia pun aku suka, memang selesa tidur sambil peluk bolster dia.
Kali ni aku nak cuba beli quilt dan cadar dia pula. Ramai yang review quilt dia pun selesa. Mesti murah-murah kat CommerceAsia Warehouse Sale nanti.