Suami kejar, langgar kereta isteri bersama anak kerana cemburu

Photo of author

By Syima Iza

Suami kejar, langgar kereta isteri bersama anak kerana cemburu.

Seorang suami nekad mengejar dan melanggar kereta yang membawa isteri dan anaknya selepas mendakwa isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain, lapor saluran berita Merdeka.com semalam.

Kejadian berlaku di Sukabumi dekat Balai Polis Cibeureum, wilayah Jawa Barat.

Suami kejar, langgar kereta isteri bersama anak kerana cemburu

Menurut pegawai polis Cibeureum, AKP Suwaji, motif suspek dipercayai berpunca daripada rasa cemburu terhadap isterinya.

“Pelaku dilaporkan mengejar kereta berkenaan sebelum melanggarnya di Jalan Garuda Cibeureum,” kata Suwaji.

Pelanggaran tersebut menyebabkan kerosakan pada bahagian kereta dan sebuah gerai makan.

“Suspek ditahan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” tambah Suwaji.

Menurut mangsa, dia kerap diugut oleh suaminya kerana didakwa mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Baca Juga:
“Aku terpengaruh dengan kata-kata kawan sebab hidup PJJ dengan suami, satu hari aku cek HP suami buat aku terkejut dan rasa berdosa”
Seramai 429 individu hilang di Malaysia, ini senarai 5 orang yang masih gagal ditemui hingga sekarang
Ini 10 sebab kenapa mat motor Malaysia suka pakai jaket terbalik