Suami kantoi curang belasah isteri di hotel Port Dickson

Photo of author

By Syima Iza

Seorang wanita cedera dalam kejadian pergaduhan dengan suami di sebuah hotel dekat Port Dickson, pada 24 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya telah mengesan sebuah video tular di laman Facebook memaparkan kejadian seorang lelaki telah memukul wanita di bangunan hotel.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian pada pukul 9.50 pagi itu melibatkan sepasang suami isteri.

Suami kantoi curang belasah isteri di hotel Port Dickson

“Punca kejadian dipercayai kerana suami berlaku curang.

“Akibat daripada kejadian ini, seorang wanita mengalami kecederaan di pipi dan sakit di beberapa anggota badan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, laporan telah dibuat oleh mangsa mengenai insiden tersebut.

Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga bagi siasatan lanjut.

Baca Juga:
Kecoh di masjid! mualaf bawa babi untuk dijadikan korban
Myvi selamba tukar lorong last minute, treler brek sampai berasap
Nora Danish nafi masalah kewangan punca cerai