Suami ‘kantoi’ bonceng penyondol kena cubit dengan isteri

Photo of author

By Syima Iza

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang isteri bertembung dengan suaminya yang menaiki motosikal bersama wanita lain ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat.

Laman berita Dream melaporkan, video rakaman menunjukkan si isteri yang juga menunggang motosikal, berhenti bersebelahan suaminya.

Namun, dia terkejut apabila melihat motosikal suaminya dibonceng oleh seorang wanita lain, dipercayai kekasih gelap lelaki tersebut.

Suami 'kantoi' bonceng penyondol kena cubit dengan isteri

“Bagus! Curang kepada isteri. Siapakah perempuan ini? Anak awak berada di rumah menunggu awak,” kata wanita tersebut.

Si suami dan kekasih gelapnya dilihat tidak mempedulikan wanita itu, sebaliknya berdiam diri dan enggan menoleh ke arahnya.

Si isteri yang berang kemudian mencubit lengan wanita berkenaan sambil berkata: “Awak patut berasa malu. Berhenti (motosikal).”

Suaminya kemudian cuba melindungi teman wanitanya dengan menghulurkan tangan ke belakang agar si isteri berhenti menarik baju wanita itu.

Tidak lama kemudian sejurus lampu isyarat bertukar hijau, pasangan itu terus lesap tanpa sempat dikejar oleh si isteri.

Si isteri kemudian mendedahkan bahawa ia merupakan kali ketujuh dia merungkai kecurangan suaminya dengan wanita berbeza.

Baca Juga:
Bekas juara lompat tinggi dunia mati dibunuh
Aksi lelaki ini kunyah kulit durian siap cicah sambal belacan buat netizen rasa ngilu
‘UFO’ mendarat di lebuh raya di tahan polis