“Suami jerit panggil aku ‘Betina Murah’ selepas nampak ada kereta lain dalam garaj rumah, sekali ayah aku yang keluar…

Photo of author

By Syima Iza

“Suami jerit panggil aku ‘Betina Murah’ selepas nampak ada kereta lain dalam garaj rumah, sekali ayah aku yang keluar…

Mak Ayah Aku Pelik Dengan Perangai Suami. Diam-diam Abah Datang Rumah Aku. Masa Suami Sampai, Dia Jerit Marah Aku Sebab Dia Ingat Aku Bawa Jantan. Suami Heret Aku Sampai Tersungkur. Tiba-tiba Ayah Aku Keluar…

Assalamualaikum.. Nama aku Jeslina, berusia 38 tahun, dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 8 tahun. Lima tahun yang lalu, aku telah bercerai dengan suami, Ikhwan (bukan nama sebenar).

"Suami jerit panggil aku 'Betina Murah' selepas nampak ada kereta lain dalam garaj rumah, sekali ayah aku yang keluar...

Punca perceraian kami adalah perangai bekas suami ketika itu. Dia merupakan lulusan perakaunan dan bekerja sebagai pegawai bank. Dia juga menyertai sebuah kumpulan macam geng usrah. Aku tidak kisah dengan hal itu.

Namun, yang aku hairankan adalah apa yang dia belajar kadang-kadang bertentangan dengan agama. Dia langsung tidak boleh ditegur walaupun terang-terangan dia salah. Dia kata dia banyak menghadiri usrah dan ceramah, dan menganggap orang yang kurang menghadiri usrah dan ceramah tidak mengutamakan agama.

Sebagai isteri, aku hanya diam. Jika aku cuba membangkang, dia akan cakap, “Nak jadi isteri derhaka ke? Nak jadi nusyuz?” Sepanjang perkahwinan, dia awal-awal melarang aku bekerja. Katanya, isteri tempatnya di rumah untuk menguruskan suami dan rumah tangga.

Namun, bab nafkah rumah tangga sangat tidak mencukupi. Dia hanya beri RM200 – RM300 sebulan untuk keperluan rumah, dan tiada duit belanja untuk isteri. Malah, bil Wi-Fi rumah pun tidak dibayar hingga perkhidmatan ditamatkan. Alasan dia, “Tak mati pun tanpa Wi-Fi.” Tetapi sebenarnya, dia malas bayar.

Dia juga melarang aku rapat dengan keluarga sendiri ketika menghadiri perjumpaan keluarga. Katanya, “Tempat isteri adalah di sisi suami.” Rasa seronok bersama keluarga hilang kerana aku tidak boleh bersilaturahim seperti dulu. Sementara itu, jika keluarganya mengadakan kenduri, dia jarang mahu pergi. Katanya, “Kalau kita tak pergi, majlis tetap berjalan.”

Perangai paling teruk bekas suami ialah apabila anak sakit, dia tidak benarkan anak dibawa ke klinik atau hospital. Dia percaya bahawa kita hanya perlu redha dan tawakal. Bila anak masih tidak sembuh, dia salahkan aku, menuduh aku tidak menjaga anak dengan baik. Namun, bila disuruh jaga anak sendiri, dia lepas tangan.

Suatu hari, anak aku mengalami sawan. Tanpa berlengah, aku segera bawa anak ke hospital. Selepas itu, aku telefon suami untuk memberitahunya, tetapi dia memarahi aku kerana tidak meminta izinnya terlebih dahulu. Dia marah, “Nak jadi isteri derhaka ke?! Siapa izinkan kau bawa anak ke hospital?!”

Semasa anak dirawat di hospital, suami langsung tidak datang melawat kerana katanya dia marah pada aku. Aku terus dilabel isteri derhaka kerana membawa anak ke hospital tanpa izinnya.

Sepanjang perkahwinan, dia sentiasa menghantar video atau petikan ceramah mengenai isteri derhaka. Jika aku menegur atau memberi pendapat, dia akan mengamuk. Ada satu ketika, dia membuat air Yasin untuk aku kerana katanya aku telah berubah dan mungkin ada “hantu” yang menempel di badan aku, membuatkan aku derhaka. Apabila aku senyum melihat gelagatnya, dia marah dan menyimbah air Yasin itu pada aku.

Kemuncak masalah terjadi ketika ibuku menelefon bertanya bila aku akan pulang ke kampung. Kebetulan Ikhwan berada di situ, dan dia terus merampas telefon dan memberitahu ibuku, “Jeslina nak balik kampung hanya jika saya izinkan! Kalau saya tak izinkan, jangan balik! Dia kena taat pada saya!”

Selepas kejadian itu, Mak dan Abah aku mula merasakan sesuatu yang tidak kena dengan Ikhwan. Beberapa hari kemudian, Abah datang ke rumah tanpa pengetahuan Ikhwan. Abah bertanya keadaan sebenar, dan aku berterus terang sambil menangis. Kebetulan, Ikhwan pulang dan melihat ada kereta lain di garaj. Dia mengamuk dan menuduh aku membawa lelaki lain masuk ke rumah.

Dia menarik aku sehingga tersungkur di hadapan Abah. Pada saat itu, Abah keluar dan memanggil nama Ikhwan. Ikhwan terkejut dan menjadi lembut seketika, namun Abah terus mengingatkannya bahawa dia telah diberi amanah untuk menjaga anak perempuan Abah. Abah berkata, “Jika begini caranya kau layan Jeslina, lebih baik kau lepaskan dia.”

Ikhwan terdiam, tetapi hanya seketika. Selepas aku pulang ke kampung, dia terus mengirim mesej dan mengugut aku. Dia menuduh aku derhaka dan menyalahkan keluarga aku. Bahkan, dia pernah berkata, “Isteri derhaka patut dibunuh, halal darahnya.” Aku hanya membalas, “Jumpa di mahkamah.”

Selepas cerai, dia masih mengganggu aku melalui telefon dan mesej. Aku terpaksa memberi amaran bahawa aku akan membuat laporan polis jika dia terus mengganggu. Barulah dia berhenti. Hubungan aku dengan bekas mentua masih baik walaupun Ikhwan sudah tidak waras. Bekas mentua aku sering datang melawat cucu mereka.

Kini, lima tahun berlalu sejak perceraian, dan aku hidup sebagai ibu tunggal. Selepas tamat tempoh eddah, aku kembali bekerja dan mampu menyara kehidupan aku dan anak dengan lebih baik. Ikhwan pula khabarnya sudah berkahwin lagi, tetapi tidak lama sebelum dia menjadi tidak siuman.

Semoga kisah aku ini menjadi pengajaran buat semua, terutamanya kaum wanita. Belajar agama itu penting, tetapi pastikan ia dari sumber yang betul.

Komen Netizen:

Nurul Fatin: Ya Allah, kak, sakit hati saya baca. Geng usrah mana yang suami join tu. Kalau betul usrah agama, tak ajar benda-benda macam ni. Nak nerakakan orang, nak nusyuzkan isteri. Kalau saya di tempat akak, saya pun boleh jadi gila.

Khaliza Mokhtar: Alhamdulillah tt dah keluar dari perkahwinan toksik. Bertuah ada keluarga yang sangat supportive dan buat tt berani bertindak secara positif. Abah tt memang “hero.”

Faeezah Badarudin: Alhamdulillah tt dan anak selamat keluar. Ex suami tu jelas gila dan bahaya.

Baca Juga:
Ini 10 tanda kawan korang seorang yang takut bini
‘Jauh beza dengan bangsa M’- Netizen terkejut golongan muda bangsa Cina ada simpanan KWSP hampir ratusan ribu
Sangka ikan besar, rupanya dapat peti besi berisi wang tunai RM500k