Suami jahit telekung bertatah Swarovski buat isteri tercinta sempena sambut Ramadan

Photo of author

By Syima Iza

Menurut Syed, anggaran kos menyiapkan telekung bertatah Swarovski itu sekitar RM12,000 dan ia diberikan sebagai tanda penghargaan serta khas sempena bulan Ramadan.

Setiap yang bergelar suami pasti ingin membahagiakan isteri tercinta dengan pelbagai perkara seperti kemewahan, keselesaan serta banyak lagi.

Malah terdapat juga segelintir darinya menghadiahkan isteri dengan barangan yang disukai sebagai salah satu cara untuk menunjukkan penghargaan serta tanda kasih sayangnya.

Suami jahit telekung bertatah Swarovski buat isteri tercinta sempena sambut Ramadan

Suami sanggup jahit telekung bertatahkan Swarovski buat isteri tercinta
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang usahawan, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 32, yang sanggup menghabiskan modal sekitar RM12,000 untuk menjahit sepasang telekung bertatahkan Swarovski buat isterinya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh usahawan tersebut di TikTok miliknya, dia turut menunjukkan proses menjahit telekung berkenaan dengan menggunakan beberapa kain termasuk lace (renda) sebelum menghiasinya dengan batu-batu Swarovski.

Jelasnya, telekung itu merupakan pakaian istimewa yang dijahit untuk dipakai isterinya bagi menunaikan solat Tarawih sempena bulan Ramadan ini.

Tunjuk proses menjahit telekung RM12,000 sehingga lekatkan Swarovski pada telekung

@syed.fatin.jaeden.haifaKalini abam jahit telekung Swarovski istimewa untuk isteri abam yg tersayang , modal bernilai rm 12k bertakhtakan batu kristal Swarovski asli , actually sebenarnya haritu isteri sy ada nmpk sorang founder ni memiliki telekung yang indah2 dan cantik dengan taburan swarovski , dia kata kalo satu hari nanti ada rezeki teringin nk merasa pakai telekung macam tu … tapi isteri sy tak meminta minta pon , masing2 yg follow kami pon sedia maklum kan , yang isteri sy ni bukan jenis suka minta macam2 dan jenis ikut jer cakap suaminya ni … alhamdulillah sy memiliki isteri yang baik macam ni … jadi sy pakat dengan P.A sy untuk plan surprise utk nk bg hadiah telekung Swarovski yang sy jahit sendiri dan hadiahkan pada isteri sy untuk pergi Terawih kat masjid dan alhamdulillah tercapai jugak dan berjaya jugak siap telekung ni , lg pon sy rasa tak membazir sebab kita nak menghadap Allah , dan alhamdulillah Allah beri rezeki lebih pada kami suami isteri sebab kami sama2 urus perniagaan Laksa dan macam2 sepanjang kami bersama , jadi harta yang ada ni , ada hak untuk isteri sy merasa , jadinya sy kene lebih kuat dan rajin lg usaha untuk bagi isteri dan anak2 kami bahagia in sha Allah …. Terima kasih semua yang support kami selama ni sehingga kami dikenali dan disayangi oleh semua , kami syg semua followers kami , salam Ramadhan semua , esok kita Puasa 🥰❤️😘 Temui kami disemua BAZAAR RAMADHAN & RAYA BERIKUT SENARAI : 1. Bazaar Ramadhan PKNS SHAH ALAM 2. Bazaar Ramadhan GM KLANG 3. Bazaar Raya Jalan TAR di Pertama Kompleks 4. Ekspo Mega Raya Lotus Semenyih 6. grand Bazaar Mega Raya D’MK Medan Selera , Manjung Musang King , Manjung Perak 7. Gema Raya Aidilfitri PWTC 8. Bazar ramadan Econsave lukut port dickson 9. Food Festival MUBARAQ RAYA JAKEL MALL KUALA LUMPUR 10. Dan banyak lagi yang akan kami war2kan dan publish

♬ original sound – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa

Malah dia turut merahsiakan proses membuat telekung itu kerana ingin memberi kejutan buat isteri tersayang.

“Hang jangan bagitahu dekat Fatin (isteri) na, aku tak nak dia tahu sebab ni hadiah special untuk aku bagi dekat dia sempena bulan puasa. Jadi ini pakaian untuk isteri saya pakai untuk Tarawih. Nanti ni penuh batu-batu Swarovski. Saya buat sendiri tau.

“Anggaran harga untuk telekung Swarovski yang saya buat untuk isteri saya ni lebih kurang dalam harga RM12,000 macam tu. Sebab batu-batu Swarovski ni adalah batu original. Alhamdulillah Allah SWT bagi saya rezeki luar jangkaan dalam tempoh beberapa bulan ni. Alhamdulillah, jadinya ini hadiah istimewa untuk isteri saya dan sebagai tanda penghargaan. Sebab dia buat laksa hari-hari,” ujarnya.

Isteri tak pernah minta, beri hadiah sebagai penghargaan
Menurut Syed isterinya itu tidak pernah meminta apa-apa sebelum ini, dan tidak sabar untuk melihat wanita itu memakai telekung berkenaan.

Bukan hanya itu, dia juga menjelaskan dengan memberikan hadiah itu dia juga secara tidak langsung turut mendapat pahala setiap kali isterinya memakai telekung tersebut.

Isteri gembira dan ucap terima kasih pada suami

Suami jahit telekung bertatah Swarovski buat isteri tercinta sempena sambut Ramadan

Sewaktu menerimanya kelihatan Fatin sangat gembira dan sering tersenyum meneliti setiap perincian telekung berkenaan serta mengucapkan terima kasih kepada sang suami.

“Terima kasih abang sebab buatkan telekung yang cantik,” kata Fatin sebelum pasangan itu pergi ke masjid untuk menunaikan solat Tarawih pada malam tadi (11 Mac).

Katanya sebelum ini, Fatin ada melihat seorang usahawan memiliki telekung yang indah dan cantik dengan taburan Swarovski dan menyatakan keinginannya untuk merasa memakai telekung seperti itu.

“Tapi isteri saya tak minta pun, masing-masing yang ikuti kami pun sedia maklumkan isteri saya bukan jenis suka minta macam-macam dan ikut sahaja cakap suaminya ini.

“Alhamdulillah saya memiliki isteri yang baik macam ni,” kata Syed di ruang kapsyen.

Rasa tak membazir kerana telekung pakaian disediakan untuk menghadap Allah SWT
Usahawan itu turut merasakan dia tidak membazir kerana pakaian itu disediakan untuk menghadap Allah dan bersyukur atas rezeki yang diberikan Allah.

“Harta yang ada ni, ada hak untuk isteri saya merasa, jadinya saya kena lebih kuat dan rajin lagi usaha untuk bagi isteri dan anak-anak kami bahagia Insya-Allah. Terima kasih semua yang sokong kami selama ini sehingga kami dikenali dan disayangi oleh semua.”
Baca Juga:
Warganet teruja nampak 2 ekor singa di Istana Kubang Kerian
Kisah warga emas ini jadi perhatian dunia, hanya minum air coke selama 50 tahun
Pecah 2 rekod dunia, 168 pemilik Lamborghini Malaysia berkumpul di Genting Highlands