Suami isteri terkejut terdengar suara bayi menangis dalam tanah, rupa-rupanya bayi baru lahir ditanam hidup-hidup

Suami isteri terkejut terdengar suara bayi menangis dalam tanah, rupa-rupanya bayi baru lahir ditanam hidup-hidup

Suami isteri terkejut terdengar suara bayi menangis dalam tanah, rupa-rupanya bayi baru lahir ditanam hidup-hidup.

Sepasang suami isteri di negeri Uttar Pradesh, India terkejut apabila menemui seorang bayi yang baru lahir ditanam dengan keadaan tali pusat dan uri melekat pada badannya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dalam kejadian pada 8 September lalu, Rajesh Kumar dan isterinya, Neelam, sedang bersiar-siar di sebuah kawasan di Kampung Pulandar apabila mereka terdengar bunyi tangisan datang dari dalam tanah.

Suami isteri terkejut terdengar suara bayi menangis dalam tanah, rupa-rupanya bayi baru lahir ditanam hidup-hidup

Gambar hiasan

Mereka terkejut melihat tangan kecil terjulur keluar dan menggali tanah tersebut.

Selepas menggali dengan penuh berhati-hati, mereka menemui seorang bayi yang masih bernafas dalam keadaan tali pusat dan uri yang masih melekat .

Sejurus polis tiba, bayi tersebut dikejarkan ke hospital dan menurut pakar, dia menghadapi masalah pernafasan.

Namun, setelah diberi rawatan, bayi berkenaan kini berada dalam keadaan sihat, manakala polis masih memburu ibu dan bapa kanak-kanak itu.

Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak mengesahkan pihaknya akan menjaga bayi tersebut sehingga polis menyelesaikan siasatan, manakala Rajesh dan Neelam yang memiliki dua anak menyatakan hasrat untuk memeliharanya

Baca Lagi:
Kumpulan ‘Baju Merah’ akan turun jika pemuda PN teruskan demontrasi – Jamal
Lelaki tawar khidmat teman lelaki ‘online’ dengan harga RM3,500 sejam, sebulan boleh cecah RM30,000
Suami terkejut terdengar jeritan minta tolong dari kubur isteri setelah sehari dikebumikan
CATEGORIES