Suami isteri seleweng duit kutipan zakat MAIPK RM9.62 juta

Suami isteri seleweng duit kutipan zakat MAIPK RM9.62 juta

Suami isteri seleweng duit kutipan zakat MAIPK RM9.62 juta.

Polis menahan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) disyaki menyeleweng sebanyak RM9.62 juta.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata lelaki berumur 50 tahun itu dan isterinya yang berumur 53 tahun ditahan di Kuala Lumpur kira-kira jam 12.35 tengah hari Jumaat.

Suami isteri seleweng duit kutipan zakat MAIPK RM9.62 juta

Gambar hiasan

Menurutnya, pasangan itu berperanan sebagai ejen kutipan zakat dan bukan kakitangan mana-mana pusat zakat di Malaysia.

“Baru tangkapan, kita sedang siasat dan akan beri maklumat lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sedang menyiasat sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat MAIPk selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan dijalankan selepas syarikat terbabit dipercayai gagal mendepositkan zakat bermula Mac hingga September 2023.

Menurut beliau, kes tersebut adalah antara empat kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat dalam tempoh tahun lalu di mana dua kes direkodkan di Selangor, masing-masing satu kes di Terengganu dan Perak.

Sementara itu, difahamkan MAIPk tidak dapat memberi sebarang kenyataan ketika ini kerana kes tersebut masih dalam siasatan dan tindakan pihak polis.

Baca juga:
Dua pemuda ubah sofa jadi ‘Kereta Sofa’ tarik perhatian taikun automobil terkenal
Gadis Vietnam berusia 17 tahun cari calon suami bergaji RM17,000, umur bawah 36 tahun
‘”Kalau saya bercakap, orang akan toleh dua kali sebab terkejut” – Wanita bersuara garau persis seorang lelaki tulen raih perhatian warganet
CATEGORIES