Suami isteri saman syarikat pengendali snorkeling RM22 juta

Suami isteri saman syarikat pengendali snorkeling RM22 juta

Suami isteri saman syarikat pengendali snorkeling RM22 juta. Suami isteri Amerika Syarikat (AS) yang berbulan madu di Hawaii, menuntut AS$5 juta (kira-kira RM22 juta) terhadap sebuah syarikat pengendali snorkeling kerana meninggalkan mereka di lautan lebih sejam.

Menurut NBC News, kejadian itu berlaku pada September 2021, ketika Elizabeth Webster dan suaminya, Alexander Burckle, melakukan aktiviti snorkeling di Lanai, sebuah pulau kecil berhampiran Maui.

Dalam tuntutan Mahkamah Persekutuan yang difailkan bulan lalu, kedua-duanya memperincikan pengalaman pahit mereka yang mengerikan dan menyaman Sail Maui, sebanyak AS$5 juta kerana kecuaian dan menyebabkan tekanan emosi.

Suami isteri saman syarikat pengendali snorkeling RM22 juta

Mereka adalah antara 44 penumpang yang menyertai pakej snorkeling kendalian Sail Maui.

Dalam tuntutan mahkamah mereka, pasangan itu menyatakan kapten memaklumkan semua orang bahawa bot itu akan berlabuh di satu lokasi, selama kira-kira sejam, sebelum bergerak ke lokasi seterusnya.

Sepanjang lawatan itu, penumpang kembali ke bot pada masa berbeza.

Bagaimanapun, apabila pasangan itu mula kembali ke bot kira-kira sejam kemudian, air mula bergelora dan mereka mula berenang dengan lebih agresif ke arah bot.

Namun, selepas kira-kira 15 minit berenang, pasangan itu menyedari mereka masih belum tiba di bot dan melihat kedudukan bot itu lebih jauh dari mereka, berbanding kali terakhir lokasi ia berlabuh.

Menurut New York Post, apabila pasangan itu menyedari bot itu sudah tiada, mereka cuba terus bertahan dan membuat isyarat kecemasan, tetapi akhirnya mereka berada di dalam air yang lebih dalam dan lebih bergelombang.

Kedua-duanya mula panik dan bergelut untuk berenang dan bimbang akan lemas.

Bagaimanapun, pasangan itu akhirnya berjaya sampai ke pantai Lanai, namun mereka mengalami dehidrasi dan keletihan.

Pasangan itu menerima bantuan daripada seorang penduduk di pulau itu, yang memberi mereka air dan membenarkan mereka menggunakan telefon bimbit.

Webster kemudian menghubungi syarikat snorkeling dan cuba memberitahu mereka hilang dalam lawatan itu, tetapi kru kapal mendakwa semua penumpang mereka berjaya kembali ke bot pada masa kejadian.

Tuntutan itu juga menuduh kru salah mengira semua individu yang pulang dari snorkeling.

Baca Lagi:
PN berhak rancang tumbangkan kerajaan perpaduan – Respon Hadi setelah dikatakan ‘mengigau’
Lelaki jadi jutawan sekelip mata lepas jumpa syiling emas bernilai RM3.7 juta
Guru terpaksa tanggung hutang RM100,000 ditipu pelaburan patuh syariah
CATEGORIES