Suami isteri pempengaruh ditahan SPRM, didakwa seleweng kutipan derma

Photo of author

By Syima Iza

Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Menurut sumber, pasangan suami isteri ditahan SPRM pada jam 6.40 petang bagi membantu siasatan selepas sebelum ini membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.

“Pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada jam 9 pagi esok untuk permohonan reman,” katanya.

Suami isteri pempengaruh ditahan SPRM, didakwa seleweng kutipan derma

Sebelum ini, pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial, sejak kebelakangan ini.

Sumber

Baca Juga:
Wanita kecewa peguam bantu kes cerai ‘kebas’ bekas suami
Selepas kena patuk, lelaki gigit balik ular sampai mati
Pemilik kedai runcit cedera parah dibelasah dengan kayu, parang