Suami isteri muat naik foto mesra di media sosial, boleh atau tidak?
Pada masa kini, ramai pasangan suami isteri yang gemar berkongsi momen-momen kebahagiaan mereka di media sosial, namun ia menimbulkan persoalan sama ada tindakan tersebut dibolehkan dalam Islam.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus memberikan penerangan berkenaan perkara tersebut.
Menurut Ustaz Azhar, memuat naik foto mesra suami isteri di media sosial adalah dibenarkan dalam Islam.
Adakah suami isteri boleh bergambar dan menunjukkan kebahagiaan mereka di media sosial?
Jawapannya, boleh.
Namun, perlu menjaga batasan.
Walau bagaimanapun, sebagai seorang Muslim, mereka perlu menjaga batasan dengan tidak berkongsi kemesraan secara berlebihan di media sosial.
Segala sesuatu dibolehkan selagi tiada dalil yang melarangnya. Jadi, pada asalnya ia dibolehkan, tetapi dalam Islam terdapat batasan.
Jangan berlebih-lebihan dalam menunjukkan kemesraan di media sosial. Cukup sekadar yang patut sahaja.
Allah juga membenci orang yang berlebih-lebihan. Sedikit-sedikit sudah memadai.
@sekadar_kongsi 2/365 Menunjukkan kemesraaan? #uai #sekadarkongsi #ustazazharidrus #fypシ #2025 ♬ suara asli – Sadvibes🥀