Suami isteri mengembara sampai sempadan China, Thailand hanya guna Perodua Kancil usia 25 tahun

Suami isteri mengembara sampai sempadan China, Thailand hanya guna Perodua Kancil usia 25 tahun

Suami isteri mengembara sampai sempadan China, Thailand hanya guna Perodua Kancil usia 25 tahun. Siapa sangka, sebuah kereta jenama Perodua Kancil yang sudah menjangkau usia 25 tahun ini mampu mengembara jauh hingga sampai ke sempadan China? Kereta milik Azman Ali, 49, ini cukup mengagumkan kerana ia mampu mencipta memori buat pemiliknya dan membuktikan juga kereta jenama tempatan bukan calang-calang.

Menurut Azman, beliau dan isterinya sebelum ini kerap mengembara ke beberapa negara Asia Tenggara khususnya Thailand dengan menunggang motosikal. Namun mereka mengubah mod pengangkutan kepada kereta selepas membeli Kancil terpakai pada harga hanya RM1,500.

Suami isteri mengembara sampai sempadan China, Thailand hanya guna Perodua Kancil usia 25 tahun

Ujar Azman, kereta itu pada asalnya dibeli untuk anak lelakinya selepas memiliki lesen memandu, namun ia tersadai sahaja di rumah apabila anaknya itu melanjutkan pelajaran ke universiti.

Dari situ, timbul idea untuk mengembara dengan menggunakan kereta ini dan mereka sempat ke sempadan China pada jarak 6,000 kilometer, sebelum dunia dilanda wabak COVID-19.

Suami isteri mengembara sampai sempadan China, Thailand hanya guna Perodua Kancil usia 25 tahun

Selepas sempadan negara kembali dibuka, Azman sekali lagi mengembara ke Thailand menggunakan Kancilnya ini, membabitkan perjalanan sejauh 7,700 kilometer dalam masa 20 hari.

Ketahanan kereta Kancil ini wajar dipuji, selain pemiliknya ini juga sering melakukan pemeriksaan asas termasuk penjagaan enjin supaya pengembaraannya berjalan lancar.

Suami isteri mengembara sampai sempadan China, Thailand hanya guna Perodua Kancil usia 25 tahun

ambah Azman lagi, ada kenalan yang menganggap pengembaraan menggunakan Kancil lama ini adalah satu kerja gila, namun beliau tidak mengendahkan kerana ia adalah satu hobi buatnya.

“Malah orang tempatan tempat kami singgah di Thailand juga terkejut dengan tindakan saya yang berani memandu kereta lama untuk mengembara hingga mereka minta bergambar.

Suami isteri mengembara sampai sempadan China, Thailand hanya guna Perodua Kancil usia 25 tahun

“Saya kini memasang impian untuk bawa kereta ini pergi ke Tanah Suci Makkah dan saya sedang mengumpul wang bagi melaksanakannya,” katanya.

Jangan lupa follow kami! Twitter , Facebook

Baca Lagi:
‘Inspektor Ku’ tipu pensyarah wanita, RM1.3 juta duit simpanan lesap
Disksun saman trafik sehingga 50 peratus bermula 10 Januari ini
Hajiji perolehi sokongan 44 Adun, Bung kata ‘Game is still on’
CATEGORIES