Suami isteri maut kemalangan selepas ziarah jenazah abang

Suami isteri maut kemalangan selepas ziarah jenazah abang

Suami isteri maut kemalangan selepas ziarah jenazah abang. Sepasang suami isteri yang maut dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kampung Selamat, Sungai Tong, semalam, dipercayai baru selesai melawat jenazah ahli keluarga mereka di Besut dekat sini.

Mangsa, Faizul Azman Awang, 44, dikatakan menziarahi jenazah abangnya di Besut sebelum kemalangan dan ketika kejadian dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kuantan, Pahang.

Malah, isteri mangsa, Habsah Ismail, 42, yang turut terkorban dalam nahas itu sempat meluahkan rasa sedih atas pemergian abang iparnya menerusi hantaran di Facebook.

Suami isteri maut kemalangan selepas ziarah jenazah abang

“Pergimu di hari dan bulan yang baik. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Salam takziah buat keluarga kakak ipar, tiada lagi gurau senda dan senyum tawamu.

“Abang Gie sentiasa dalam kenangan kami. Arwah selalu tunggu kami kalau ke Besut. Ya Allah semoga syurga untuk abang iparku, amin,” tulisnya di Facebook.

Difahamkan, Faizul Azman dan Habsah hanya membawa seorang anak lelaki mereka ke Besut manakala anak sulung dan anak kedua pasangan itu tidak turut sama ketika kejadian.

Dalam kejadian kira-kira 1 petang semalam, Faizul Azman yang memandu Proton Exora dan isterinya maut di tempat kejadian manakala anak mereka, Muhammad Daniel Dzulkarnain berusia 13 tahun cedera parah di muka dikejarkan ke Hospital Setiu..

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin, kemalangan itu melibatkan 16 orang mangsa termasuk seorang bayi lelaki berusia dua bulan yang terselamat.

Beliau berkata, selain Proton Exora dipandu mangsa, nahas ngeri itu juga membabitkan sebuah lori, pacuan empat roda Nissan Navara, Perodua Axia serta Toyota Wish.

Baca Lagi:
‘Tulis nama dia tuan, masuk ‘jail’ nak?’ – Ibu bawa anak ke balai polis tak nak pergi sekolah
Bapa dah tak jadi PM, kawan-kawan semua hilangkan diri – Dafi
Doktor ini dedah kenapa lepas sahur kita asyik mengantuk
CATEGORIES