Suami isteri cedera parah, rempuh lori ubah haluan sampai terpelanting

Photo of author

By Syima Iza

Suami isteri cedera parah, rempuh lori ubah haluan sampai terpelanting.

Pasangan suami isteri cedera selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang mereka melanggar lori yang menukar haluan secara tiba-tiba di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungkai, di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 10.30 pagi itu menyebabkan penunggang motosikal jenis Yamaha MT- 09 berusia 31 tahun patah pada kedua-dua tangan dan cedera di kepala manakala isterinya yang juga berusia 31 tahun luka di muka.

Suami isteri cedera parah, rempuh lori ubah haluan sampai terpelanting

Video kejadian berdurasi 26 saat yang dirakam melalui kamera papan pemuka kenderaan itu tular selepas dikongsi di media sosial.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, kejadian berlaku ketika lori dipandu lelaki berusia 34 tahun itu dalam perjalanan dari Kota Damansara menuju ke Ipoh.

Katanya, apabila sampai di lokasi kejadian, lori yang dipandu di lorong kiri itu telah mengubah haluan ke lorong kanan untuk memotong kenderaan di hadapannya.

“Bagaimanapun, sebuah motosikal dari arah yang sama tidak sempat membrek dan mengelak lalu melanggar belakang lori di bahagian kanan.
“Akibat perlanggaran itu, penunggang dan pembonceng motosikal terjatuh dan mengalami kecederaan. Kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua kenderaan itu telah ditahan untuk pemeriksaan Puspakom dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca Juga:
“Jangan jadi artis jahil” – Ridhuan Tee tempelak Rosham cadang wujud pusat pelacuran
Setelah dikecam hebat isu rumah pelacuran, Rosyam Nor tampil beri penjelasan
Mimpi ada emas tertimbus di bawah lantai dapur rumah, lelaki maut selepas terjatuh dalam lubang sedalam 4 meter yang digali