Suami isteri bangsa Cina ziarah pusara anak biarpun sudah berlainan agama sentuh hati netizen

Suami isteri bangsa Cina ziarah pusara anak biarpun sudah berlainan agama sentuh hati netizen

Suami isteri bangsa Cina ziarah pusara anak biarpun sudah berlainan agama sentuh hati netizen.

Biarpun sudah berlainan agama, namun ia tidak menjadi penghalang buat sepasang suami isteri untuk terus menyayangi anak mereka, meskipun anak itu telah pulang menemui Ilahi.

Itulah yang berlaku di sebuah lokasi di Sarawak melibatkan sepasang suami isteri berbangsa Cina menziarahi kubur anak lelaki mereka yang sudah empat tahun meninggal dunia akibat kanser otak.

Suami isteri bangsa Cina ziarah pusara anak biarpun sudah berlainan agama sentuh hati netizen

Kisah itu diceritakan oleh seorang pengendali laman sosial dengan nama Joy MamaNunai ketika dia menziarahi kubur ibu dan bapanya pada Ahad.

“Pagi tadi sewaktu kami menziarahi kubur bapa dan mak, terjumpa sepasang suami isteri berbangsa Cina menziarahi salah satu kubur di sana. Mungkin usia mereka dalam 70-an.

“Beberapa meter sahaja dari kubur bapa dan mak, jelas apa yang mereka lakukan. Mereka bersihkan kawasan kubur dan batu nisan. Di cuci segala kekotoran yang ada dengan air mineral yang dibawa.

“Selepas itu pasangan tersebut seolah bertafakur. Bila selesai mereka memandang ke arah kami dengan senyuman,” ceritanya.

Tambah wanita berkenaan, anak pasangan itu memasuki Islam selepas berkahwin dengan seorang wanita Melayu dan mereka sering menziarahi pusara sekiranya berkelapangan.

“Demi kasih ayah dan ibu pada anak walau anaknya sudah berpindah agama, tetapi kasih mereka tiada berpenghujung.

“Satu pengajaran pada kami hari ini. Kasih pada anak tanpa syarat. Al-Fatihah buat arwah anak pasangan Cina itu,” kongsinya.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang mengakui turut tersentuh dengan kasih sayang tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan pasangan suami isteri tersebut.

Baca Lagi:
Polis terpaksa keluar dari kenderaan tak tahan bau busuk ‘semerbak’ setelah suspek pencuri buang air besar dalam kereta
Cara nak tahu ais batu dalam minuman sejuk yang kita pesan di restoran guna air masak atau air paip
Wanita jumpa berlian 3.72 karat ketika tonton cara cari berlian di youtube
CATEGORIES