Suami ikut ajaran sesat, solat hanya guna niat paksa isteri tidur dengan ‘mahaguru’

Photo of author

By Syima Iza

Suami ikut ajaran sesat, solat hanya guna niat paksa isteri tidur dengan ‘mahaguru’.

Seorang wanita hidup dalam kesengsaraan apabila dipaksa mengemis oleh suaminya sendiri yang dikatakan mengamalkan ajaran sesat.

Menurut perkongsian Pengamal Undang-undang Syariah, Hazwani Zainal di TikTok, wanita itu bertanya sama ada dia boleh menuntut cerai daripada suaminya.

Suami ikut ajaran sesat, solat hanya guna niat paksa isteri tidur dengan 'mahaguru'

Wanita tersebut memaklumkan bahawa suaminya sudah tidak menunaikan solat, mendakwa telah dinaikkan taraf oleh ‘mahaguru’ dan hanya perlu berniat untuk bersolat.

“Puasa pun dia kata tak wajib sebab ‘level’ dia dah sampai tahap wali.

“Bukan itu sahaja, saya dan anak perempuan berusia 8 tahun pernah dipaksa untuk meniduri mahaguru itu bagi tujuan menghapuskan dosa. Tetapi, saya melawan suami dan kami dikurung dalam bilik gelap dengan kaki dirantai,” katanya.

Dia juga mendedahkan bahawa suaminya tidak memberi nafkah zahir sejak terlibat dengan ajaran sesat itu kira-kira tiga tahun lalu.

“Suami suruh saya dan anak kutip derma di pasar malam. Tapi duit itu dia ambil dan beri pada mahaguru, kami hanya diberi RM20 untuk makan.

“Kalau tidak kutip derma, saya akan dipukul hingga lebam-lebam,” ujarnya.

Kemudian, dia dan anaknya ditahan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana mengemis sebelum akhirnya tinggal bersama bapa saudaranya sehingga kini.

“Mungkin takdir Allah SWT menyelamatkan saya. Saya tinggal dengan bapa saudara sebab mak ayah sudah meninggal dunia dan saya merupakan anak tunggal.

“Saya ingin bercerai kerana risaukan keselamatan anak. Saya dan anak sedang menjalani pemulihan akidah di sebuah pejabat agama,” katanya.

Difahamkan, keadaan wanita itu membolehkannya untuk menuntut fasakh kerana mengalami penganiayaan.

Baca Juga:
Pengawal peribadi Fazura dedah Fattah Amin disondol Stylist?
Top 5 selebriti terkenal mempunyai bau badan tengik, meloyakan
Wanna bukan penyondol atau gila publisiti – Datuk Ayu Puteh tampil pertahankan anak