Suami ikut ajaran sesat, paksa isteri dan anak tidur dengan mahaguru atas alasan boleh hapuskan dosa dan boleh masuk syurga tanpa hisab

Photo of author

By Syima Iza

Suami ikut ajaran sesat, paksa isteri dan anak tidur dengan mahaguru atas alasan boleh hapuskan dosa dan boleh masuk syurga tanpa hisab.

Gara-gara mengikut kawan lama, seorang suami mula terpengaruh dengan ajaran sesat, yang menyebabkan isterinya tidak tahan lagi dan ingin menuntut cerai.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengamal undang-undang syariah, Puan Hazwani Zainal. Menurut isteri tersebut, suaminya mula meninggalkan solat dengan alasan mahagurunya telah menaikkan tarafnya sehingga dia hanya perlu berniat untuk solat. Lebih aneh, suaminya juga mendakwa tidak perlu berpuasa kerana dia hampir mencapai tahap wali.

Suami ikut ajaran sesat, paksa isteri dan anak tidur dengan mahaguru atas alasan boleh hapuskan dosa dan boleh masuk syurga tanpa hisab
Gambar hiasan

Tanda jelas suaminya sudah terpesong apabila dia dan anak perempuan mereka yang berusia 8 tahun disuruh meniduri mahagurunya. Isteri tersebut menolak keras permintaan itu, tetapi dia dan anaknya didera dengan teruk.

“Suami pernah suruh saya dan anak perempuan tidur dengan mahaguru atas alasan untuk penghapusan dosa dan masuk syurga tanpa hisab. Saya lawan cakap suami sampai kami dikurung dalam bilik gelap dengan kaki dan tangan dirantai. Kami dipaksa hafal satu doa untuk meminta maaf kepada mahaguru,” katanya.
@puanhazwanizainal FASAKH: SUAMI AMAL AJARAN SESAT Isu ajaran sesat bukanlah isu yang boleh dpandang remeh kerana ini boleh libatkan akidah pihal-pihak. Malah ajaran sebegini boleh merosakkan keturunan. #ajaransesat #doktrinsesat #fasakh #perceraian ♬ Musnah – TikTok – Danial Kifli

Suaminya telah menyertai ajaran sesat itu selama tiga tahun selepas bertemu rakan lamanya. Mengenai nafkah, si isteri menyatakan bahawa dia tidak menerima apa-apa, malah diarahkan oleh suaminya untuk mengutip derma.

“Sejak suami terlibat dengan ajaran sesat itu, dia tak pernah beri nafkah. Dia pun berhenti kerja, katanya kerja arkitek ini hanya urusan dunia dan lebih baik fokus kepada syurga yang dijanjikan mahaguru,” jelasnya.

“Suami juga suruh saya dan anak kutip derma di pasar malam. Tapi semua duit itu dia ambil dan beri kepada mahaguru, saya hanya dapat RM20 untuk makan,” katanya lagi. Dia juga dipukul jika tidak mengutip derma dan dilabel derhaka kerana ingkar arahan suami serta mahagurunya.

Wanita tersebut menjelaskan bahawa Allah telah menyelamatkannya apabila dia ditangkap oleh pihak JKM kerana mengemis.

“Saya percaya ini takdir Allah untuk selamatkan saya. Sekarang saya tinggal dengan Paksu saya sebab mak ayah dah tiada dan saya pun anak tunggal. Saya nak bercerai sebab risau keselamatan anak,” katanya.

Wanita ini kini sedang menjalani pemulihan akidah dengan bantuan seorang ustazah selepas membuat aduan di pejabat agama. Kisah ini didedahkan ketika dia bertanya kepada Puan Hazwani Zainal tentang cara menuntut cerai, namun buntu kerana tiada bukti.

Puan Hazwani Zainal menyarankan agar isteri tersebut menuntut fasakh atas alasan penganiayaan dengan mendapatkan laporan daripada JKM dan Pejabat Agama, selain menjalani rawatan psikologi untuk merawat trauma.

Baca Juga:
Lelaki tikam imam ketika solat subuh, alasan sakit hati ditegur lewat ke masjid
“Mudahnya hidup zaman sekarang”- Influencer reka cerita hidup sengsara raih pendapatan lumayan dari netizen
Pecah rekod lagi! Anak muda belanja 30 pinggan nasi kandar berharga RM450