Suami, ibu mertua terkejut pengantin perempuan lahirkan anak sehari lepas nikah

Photo of author

By Syima Iza

Suami, ibu mertua terkejut pengantin perempuan lahirkan anak sehari lepas nikah.

Seorang pengantin lelaki terkejut apabila isterinya melahirkan bayi perempuan, hanya sehari selepas mereka berkahwin.

Insiden berlaku apabila wanita dari Telangana, Secunderabad di India mengadu sakit perut pada malam pertama perkahwinan di rumah suami di sebuah kampung di Greater Noida, Uttar Pradesh.

Wanita itu dikejarkan ke hospital berhampiran, manakala suami dan mentuanya dalam terkejut dan tidak percaya dengan kejadian yang berlaku.

Suami, ibu mertua terkejut pengantin perempuan lahirkan anak sehari lepas nikah
Gambar hiasan

Memetik laporan India Today, doktor mendedahkan pengantin perempuan yang baru berkahwin itu hamil tujuh bulan dan dia kemudian melahirkan seorang bayi perempuan keesokan hari.

Pihak pengantin lelaki mendakwa keluarga pengantin perempuan mengetahui tentang kehamilan wanita itu tetapi tidak memberitahu mereka mengenai perkara tersebut.

Dilaporkan, mereka hanya dimaklumkan bahawa wanita berkenaan hanya menjalani pembedahan untuk membuang batu karang, yang menyebabkan perutnya kelihatan buncit dan bengkak.

Selepas pendedahan kehamilan, suami serta keluarga mentua enggan menerima wanita itu atau bayinya dan memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarga pengantin perempuan.

Kedua-dua keluarga akhirnya mencapai persetujuan dan tiada tindakan polis dibuat.

Dilaporkan, keluarga pengantin perempuan kemudian membawa wanita itu pulang ke kampung.

Baca Lagi:
Bila mertua peluk belai aku, mak terkejut. Dengan mak, aku sentuh je terus ditepis. Bila berduit, mak tiba-tiba rapat
Bayi ditemui dalam keadaan bogel, ibu syak sesuatu lihat lelehan darah pada betis anak perempuan
Isteri terkejut suami curang dengan anak angkat mereka jaga sejak 10 tahun hingga hamil