Suami cerai isteri selepas lahir anak kulit gelap

Photo of author

By Syima Iza

Suami cerai isteri selepas lahir anak kulit gelap.

Kisah pengorbanan seorang wanita yang bertarung nyawa melahirkan anak melalui pembedahan caesarean bertukar menjadi mimpi ngeri apabila bayi yang dilahirkannya mempunyai kulit gelap, mencetuskan ketegangan dalam rumah tangga.

Akhbar China Times melaporkan kejadian tersebut berlaku di Shanghai, China, melibatkan seorang ibu berusia 30 tahun yang diceraikan suaminya hanya kerana bayinya berkulit lebih gelap daripada mereka.
Suami cerai isteri selepas lahir anak kulit gelap
Gambar hiasan

Suami wanita itu juga dikatakan memaksa ujian paterniti dilakukan kerana meragui status bayi tersebut.

Dalam satu hantaran di media sosial, wanita itu berkongsi kisah sedihnya dan meminta nasihat daripada ibu-ibu lain untuk menghadapi situasi tersebut.

“Suami saya hanya merenung bayi itu dan enggan mendukungnya ketika pertama kali melihatnya. Saya diceraikan sejurus selepas anak kami dilahirkan,” luahnya.

Wanita itu turut mengakui bahawa warna kulit bayi mereka memang agak gelap dan berbeza daripada dirinya serta suaminya..

Suami cerai isteri selepas lahir anak kulit gelap

“Saya tidak pernah ke Afrika atau mengenali mana-mana lelaki berkulit hitam,” tegasnya, sambil menafikan tuduhan curang yang dilemparkan oleh suaminya.

Kisah ini telah mencuri perhatian ramai warganet, yang rata-ratanya bersimpati dengan wanita tersebut. Ada yang mencadangkan agar ujian paterniti dilakukan untuk membuktikan kebenarannya.

“Ini adalah keadaan biasa bagi bayi baru lahir. Kulit mereka akan berubah mengikut warna ibu bapa tidak lama selepas itu. Ramai bayi baru lahir berkulit sedikit gelap atau kemerah-merahan,” jelas seorang pengguna media sosial yang turut memberikan sokongan moral kepada wanita tersebut.

Baca Juga:
Jangan amalkan tabiat ini, mesin basuh akan cepat rosak
Budak 12 tahun sanggup makan, tidur di lantai wad demi jaga ibu sakit undang ramai sebak
Tular rakaman pekerja cuci puncak menara KLCC buat ramai yang tengok rasa ‘kecut perut’