Suami buat kejutan hadiah Ferrari RM1.2 juta kepada isteri tanda terimakasih lahirkan ramai anak

Photo of author

By Syima Iza

Suami buat kejutan hadiah Ferrari RM1.2 juta kepada isteri tanda terimakasih lahirkan ramai anak.

Sebagai tanda terima kasih kerana melahirkan ramai cahaya mata, seorang lelaki membuat kejutan menghadiahkan sebuah supercar jenis Ferrari berharga RM1.2 juta kepada isterinya.

Berdasarkan video tular di media sosial, orang ramai dilihat berkumpul di tepi jalan di Sunway dekat sini untuk melihat kereta tersebut yang dibawa dengan treler dan dihiasi belon pelbagai warna.

Suami buat kejutan hadiah Ferrari RM1.2 juta kepada isteri tanda terimakasih lahirkan ramai anak

Menerusi video sama, treler yang membawa kereta tersebut juga dikatakan telah menghalang jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai berasa terharu dan teruja dengan kejutan mewah lelaki tersebut.

“Bagus suami beri hadiah begini kepada isteri. Dia (isteri) layak memiliki semua ini,” kata seorang pengguna.

“Orang kaya tak apalah, boleh belikan hadiah mahal-mahal,” kata seorang netizen.

“Kalau kaya bolehlah beli. Tapi kalau miskin, boleh tengok dari tepi sahaja,” kata seorang lagi pengguna.

Setakat ini, video tersebut telah menerima lebih 1,000 tanda suka dan 20 komen

Baca Lagi:
20 ekor lembu masuk kedai makan, video pelanggan panik jadi perhatian ramai
Rafizi cabar Syahir pula berdebat hal ehwal ekonomi selepas Sanusi dan Azmin tolak
Macam patung barbie’ peminat terkejut Masya Masyitah tanggal tudung