Suami boleh pindah 2% caruman KWSP untuk isteri melalui kemudahan i-Sayang

Photo of author

By Syima Iza

Suami boleh pindah 2% caruman KWSP untuk isteri melalui kemudahan i-Sayang. Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memindahkan dua peratus daripada caruman bulanan mereka kepada akaun isteri melalui kemudahan i-Sayang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kemudahan terbaharu itu adalah hasil usahasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menurutnya, kemudahan i-Sayang adalah sebahagian daripada usaha berterusan KWSP untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada institusi kekeluargaan.

Suami boleh pindah 2% caruman KWSP untuk isteri melalui kemudahan i-Sayang

“Ia mampu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai perlindungan skim keselamatan sosial yang formal supaya menabung demi masa depan persaraan mereka.

“Dengan membolehkan suami untuk mencarum secara sukarela sebanyak dua peratus caruman bulanan, mereka memberikan peluang kepada isteri untuk mempunyai simpanan jangka masa panjang.

“Seterusnya, isteri juga memperoleh akses kepada keselamatan sosial dan kewangan yang berkualiti sepertimana yang dinikmati oleh ahli KWSP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

i-Sayang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur hari ini.

Katanya lagi, lebih kurang 2.4 juta suri rumah di negara ini tidak bekerja atau berada di luar sektor tenaga buruh, seterusnya tidak mempunyai sebarang bentuk keselamatan sosial, menjadikan mereka lebih rentan terhadap kesulitan dan kejutan kewangan.

“Inisiatif ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan dalam memperkasakan hak dan menjaga kebajikan wanita serta menerapkan nilai kekeluargaan selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang berteraskan ciri-ciri keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

“Permohonan i-Sayang boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP (Ahli), Self-Service Terminal (SST) KWSP atau di mana-mana cawangan seluruh negara.

“Maklumat lanjut mengenai i-Sayang boleh didapati di laman sesawang KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000,” jelasnya.

Baca Lagi:
Peniaga maut, rakan cedera parah terkena tayar treler terpelanting
8 bulan menjanda akhirnya aku kahwin dengan student sendiri, 10 tahun lebih muda dari aku
Jiran warga emas rogol nenek 95 tahun, anak saudara istighfar lihat kejadian depan mata