Suami askar kaki hutang, isteri hamil menangis luah perasaan di radio baki gaji selalu negatif. PERASAAN sedih dalam hati, tiada siapa mampu mengerti.
Begitulah kisahnya mengenai seorang wanita dikenali sebagai Nurul apabila dia berkongsi luahan hati tentang suaminya yang berdepan masalah kewangan.
Menerusi panggilan telefon ke stesen radio Suria FM, wanita itu berkata, suaminya yang juga seorang anggota tentera mempunyai banyak hutang sehingga tiada baki gaji yang tinggal.
“Ini terjadi dekat diri saya, saya tak tahu (suami banyak hutang). Suami seorang tentera dan dia terlalu banyak pinjaman koperasi yang menyebabkan gaji bulanannya negatif balance.
“Saya terpaksa kerja untuk tanggung komitmen dan perbelanjaan keluarga. Benda ni baru berlaku tahun lepas. Ini tahun kedua saya mendirikan rumah tangga dengan dia. Saya tak tahu apa yang dia buat dengan duit tu semua.
“Apabila saya tanya, dia kata tak tahu duit tu pergi mana, tak tahu dia buat apa,” luahnya dalam siaran Morning Morning Suria yang dikendalikan Shuib, Ajak dan Suraya.
Menurut Nurul, masalah itu sebenarnya bermula sebelum mereka disatukan yang mana dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi merealisasikan majlis pernikahan mereka.
Namun katanya, masalah kian meruncing selepas mereka disatukan sebagai suami isteri, ditambah pula dengan komitmen lain apabila dia mula berbadan dua.
“Saya tak tahu (awal perkenalan). Dia kata dia cukup duit untuk kahwin. Saya memang takut nak kahwin sebab saya rasa masa kahwin pun saya yang keluarkan semua duit hantaran. Kongsi berdua, konon nak susah senang bersama.
“Selepas setahun kahwin baru tahu. Masa tu saya tengah mengandung anak pertama tujuh bulan, persediaan untuk anak satu apa saya tak sempat beli lagi. Minta duit dengan dia, dia kata tak ada duit. Dia kata duit makan pun tak cukup,” luahnya sebak.
Lebih pilu, suaminya mula meminjam wang dengan menggunakan nama isterinya sebagai alasan sehingga wanita itu dipandang serong keluarga mentuanya.
“Pada masa sama dia pinjam dengan keluarga dia. Dia kata saya nak bayar itu, nak bayar ini. Saya dah jadi watak buruk dalam keluarga mentua saya. Saya ambil masa lama, sebulan lebih tak bercakap dengan dia. Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai isteri saja. Balik kerja, masak. Saya tinggalkan dia makan sendiri.