‘Stokin Kedai Eco’ PM Anwar jadi tumpuan

Photo of author

By Syima Iza

‘Stokin Kedai Eco’ PM Anwar jadi tumpuan. Stokin yang dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menarik perhatian orang ramai.

Gambar stokin Anwar mula menjadi bualan ramai di platform Twitter kerana dipercayai dari jenama biasa yang dijual dengan harga RM2.40 sahaja.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati rata-rata rakyat teruja kerana Ahli Parlimen Tambun itu tidak memilih untuk memakai pakaian berjenama mewah sahaja.

'Stokin Kedai Eco' PM Anwar jadi tumpuan

Malah, ada juga yang netizen yang mahu membeli stokin yang sama kerana mahu mengikut gaya Perdana Menteri.

“Stokin PM pakai itu stokin kedai Eco,” kata Syahrul.

“Okey, nak beli juga,

“Baru nak beli stokin mahal, tak jadilah macam ini,” kata Haha.

“Lepas ini pergi Eco mesti stokin ini dah habis,” seloroh Teja.

Baca lagi :
Anak lelaki jutawan tawar ganjaran RM154 juta cari pembunuh ibubapa
Laluan lebuhraya LPT 2 dinaiki air
Penyanyi terkenal Jamal Abdillah tarik diri sertai Muafakat Nasional