Staf jujur pulangkan RM7,200 selepas majikan silap bayar gaji

Photo of author

By Syima Iza

Staf jujur pulangkan RM7,200 selepas majikan silap bayar gaji.

Seorang staf menunjukkan kejujuran yang luar biasa apabila memulangkan lebihan gaji sebanyak RM7,200 yang tersilap dimasukkan oleh majikannya.

Perkara itu dikongsikan oleh majikannya, Dr. Zul Ariffin Maarof, menerusi hantaran di Threads, di mana beliau menunjukkan tangkap layar perbualan WhatsApp antara dirinya dan staf tersebut.

Staf jujur pulangkan RM7,200 selepas majikan silap bayar gaji

Dalam perbualan tersebut, staf berkenaan memaklumkan bahawa jumlah gaji yang diterimanya tidak tepat kerana sepatutnya RM1,942.95, namun tersalah dikreditkan sebanyak RM9,142.95.

Staf itu juga dilihat terus meminta nombor akaun majikan untuk memulangkan lebihan wang tersebut.

“Bila dapat staf yang jujur, salah masuk gaji terus telefon bagitahu salah terima gaji. Alhamdulillah,” tulis Zulariffin dalam kapsyen hantaran itu.

Beliau turut berseloroh mengenai perbezaan jumlah gaji yang besar itu sambil mendoakan rezeki dan kemajuan semua ahli pasukannya pada tahun 2025.

Tindakan pantas staf tersebut mendapat pujian daripada pengguna media sosial kerana kejujuran dan integriti yang ditunjukkan.

“Sebab dia tahu hukum makan duit haram. Benda sama pernah terjadi pada saya di sebuah syarikat besar. Mereka tersalah bagi gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada saya, tapi saya tahu hukum makan duit haram, jadi darah daging. Nauzubillah. Saya terus jumpa sumber manusia,” cerita Sueanna tentang pengalaman serupa.

“Rezeki tuan dapat pasukan yang jujur. Dia pun mesti pelik bila tengok akaun. Eh, ada bonus lebih ke?” ujar Syafiq Abu.

“Tambah sikit duit untuk dia. Hadiah sebab dia jujur,” cadang Farah.

Baca Lagi:
Kajian dedah ini tempat duduk paling selamat jika kapal terbang terhempas
Ramai yang tak tahu, ini perbezaan kupu-kupu & rama-rama
Kisah tukang cuci hospital selamatkan 38 bayi terbiar