Staf Honda ‘mulut puaka’ kantoi kutuk bekas rakan sekerja di TikTok

Photo of author

By Syima Iza

Tular di media sosial video memaparkan seorang wanita dipercayai staf Honda kantoi mengutuk bekas rakan sekerja menerusi satu siaran langsung di TikTok.

Staf Honda Kantoi Kutuk Bekas Rakan Sekerja

Menerusi satu perkongsian di X oleh @onlyyouperson, yang juga merupakan bekas rakan sekerja wanita tersebut, dia telah memuat naik video berkenaan. Menurut @onlyyouperson, dia tidak sengaja menemui siaran langsung bekas rakan sekerjanya itu di TikTok yang kebetulan sedang mengutuk dirinya bersama seorang lagi pekerja lain.

Staf Honda 'mulut puaka' kantoi kutuk bekas rakan sekerja di TikTok

“Rakan sekerja mulut puaka. Allah Maha Kuasa, tak sangka kebetulan tengah slide TikTok termasuk siaran langsung orang yang tengah kutuk saya.

“Saya jumpa dua orang ni, baru dua minggu kerja lepastu tak berkenalan lagi dah kena kutuk dalam siaran langsung,” katanya pada ruangan kapsyen.

Sementara itu, video yang tular itu memaparkan dua orang wanita yang dipercayai sedang bekerja mempromosikan kereta menerusi siaran langsung. Bagaimanapun, menerusi klip pendek itu, kedua-dua wanita tersebut sedang mengutuk bekas rakan sekerja mereka di dalam siaran langsung tersebut.

Menurut kedua-dua wanita tersebut, bekas rakan sekerja mereka itu sangat berlagak walaupun hanya melanjutkan pelajaran sehingga Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Staf Honda Kantoi Kutuk Bekas Rakan Sekerja

“Dia peperiksaan tak lulus, berlagak datang kerja dengan baju warna lain. Patutnya pakai warna putih, seluar hitam, kasut hitam macam kerja bank.

“Belajar setakat SPM, berlagak. Geramnya, saya pun SPM juga,” ujar wanita berkenaan.

Dalam pada itu, wanita tersebut juga memperlekehkan penampilan bekas rakan sekerja mereka dan berkata dia kelihatan seperti seorang lelaki lembut. Dealer kami memang garang dan tegas, jadi dia berhenti kerja. Kami perlukan lelaki yang segak, hensem dan tak sombong.

“Dia hilang sabar dan dia pun berhenti kerja. Tapi baguslah sebab saya tak suka dia sebab dia berlagak. Dia rasa dia hensem sangat ke? Dah la tak hensem, muka macam geng pelangi, putih melepak,” kata wanita tersebut.

Sementara itu, @onlyyouperson menjelaskan dia sebenarnya tidak tahu mengenai akaun bekas rakan sekerjanya itu sebelum menemuinya secara tidak sengaja.

Tidak cukup dengan itu, dia juga mendedahkan bahawa wanita yang berkata mahukan rakan sekerja lelaki yang segak dan kacak sebenarnya sudah berkahwin.

“Mungkin saya tak cukup hensem agaknya. Sebab dalam siaran langsung kalau korang tengok dia ada cakap nak lelaki yang segak dan hensem.

“Padahal yang cakap tu dah ada suami dan anak dua tak silap saya. Saya macam, kau nak rakan kerja yang hensem nak menggatal ke? Suami sendiri tak cukup hensem?” luahnya.

Luahan Rakan Sekerja Staf Honda Kantoi Kutuk

Staf Honda 'mulut puaka' kantoi kutuk bekas rakan sekerja di TikTok

Menurut @onlyyourperson, dia berhenti bekerja kerana mahu mengelak daripada individu seperti mereka disamping isterinya yang juga sedang mengandung.

“Saya berhenti kerja sebab tak nak duduk dengan circle yang toksik macam ni, tak syok. Isteri pun tengah mengandung.

“Saya nak pesan kat semua orang, tak payah mengata orang. Kita ni pun bukannya sempurna mana, bekerja dengan sihat. Allah nak tunjuk, kejap je,” ujarnya.
Staf Honda kantoi kutuk bekas rakan sekerja di TikTok

Staf Honda 'mulut puaka' kantoi kutuk bekas rakan sekerja di TikTok

Baca Juga:
Isteri basuh Ativa guna span hijau sental macam cuci periuk, kereta kesayangan suami habis calar-balar
“Bank suruh bukan kita minta” – Peniaga caj 10 sen pelanggan bayar guna QR kena serbu
Aney ‘one by one’ dah banyak berubah, siap bagi nasihat kepada anak muda