SPRM beku akaun BERSATU

Photo of author

By Syima Iza

SPRM beku akaun BERSATU. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan SPRM sudah membekukan akaun BERSATU.

Beliau berkata, akaun terbabit dibekukan untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram (illegal proceeds).

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU mengakui sudah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan beberapa hari lalu.

SPRM beku akaun BERSATU

Ahli MPT BERSATU, Dr Muhammad Faiz, berkata beliau percaya pembekuan akaun BERSATU itu ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan RM92.5 billion yang didakwa diseleweng oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik COVID-19.

Disember lalu, media melaporkan SPRM mengesahkan sudah menerima butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021 berhubung pengurusan COVID-19 daripada Kementerian Kewangan.

SPRM dalam kenyataan berkata, fokus siasatan kini adalah terarah kepada RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion.

Baca Lagi:
Komen berunsur rasis, pemain hoki wanita negara mohon maaf
UMNO pecat Tun Faisal, surat pemecatan dihantar melalui ‘WhatsApp’
Ustaz Abdullah Khairi luah rasa kecewa dakwa kena ‘banned’ Forum Perdana