Spekulasi Mawar Rashid akan berkahwin dengan jejaka dari Brunei akhirnya terjawab, rupa-rupanya…

Photo of author

By Syima Iza

Gosip mendakwa Mawar Rashid sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka Brunei akhirnya terjawab apabila pelakon ini mendedahkan ibunya yang berkahwin dengan lelaki dari negara berkenaan.

Berkongsi berita gembira itu, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30, berkata ibunya iaitu Marinee Abdullah sudah selamat bernikah dengan sahabat lama di Brunei.

Teruja menerima kehadiran bapa tiri, Mawar berkata dia tidak menyangka akhirnya dapat merasai kehadiran seorang bapa selepas ayah kandungnya meninggal dunia semasa dirinya masih kecil.

Spekulasi Mawar Rashid akan berkahwin dengan jejaka dari Brunei akhirnya terjawab, rupa-rupanya...

“Mawar tak pernah sangka yang Mawar akan merasa kehadiran seorang ayah.

“Siapa sangka dari kenalan lama di Brunei bertemu jodoh hanya dari satu mesej ‘lama tak jumpa’ dari posting Putera Mateen kahwin dan babah dalam video oru.
“Sukar untuk terima yang mummy akan tinggal di Brunei tapi dia layak dapat kehidupan yang bahagia sepanjang hayatnya, katanya.

Perkara tersebut dikongsi Mawar di Instagram miliknya pada malam Rabu.

Spekulasi Mawar Rashid akan berkahwin dengan jejaka dari Brunei akhirnya terjawab, rupa-rupanya...

Dalam pada itu, Mawar sempat menitipkan pesanan ringkas terhadap keluarga baharunya di Brunei.

“Kepada keluarga baru saya di Brunei, selamat datang ke keluarga kami. Sayang kamu semua,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah pada Mawar dan keluarganya.

“Mawar buat suspen, Ingatkan Mawar yang kahwin. Apapun tahniah ya.

“Alhamdulillah gembira untuk Mummy dan Mawar sekeluarga.

“Dah agak mak Mawar yang kahwin, semoga kekal hingga ke Jannah,” tulis netizen.

Pada Sabtu lalu, Mawar memilih mengunci mulut susulan timbul spekulasi mengatakan dia sudah menamatkan zaman janda dengan jejaka pilihannya.

Mawar sebaliknya memberitahu dia bakal berkongsi sebarang berita gembira sekiranya sudah bersedia.

Baca Juga:
Suami jahit telekung bertatah Swarovski buat isteri tercinta sempena sambut Ramadan
Pengantin perempuan pitam sebelum akad nikah, cecair warna merah keluar dari dinding bilik pengantin
Akaun TikTok pelancong Malaysia diserang netizen Indonesia selepas kritik kota Jakarta kotor