Sotong gergasi panjang 2.5 meter sempat dirakam penyelam skuba. Satu rakaman video sotong gergasi sepanjang 2.5 meter yang jarang dijumpai di luar pantai Jepun tular di media sosial dengan jumlah 252,000 tontonan.
Video tersebut dirakamkan pasangan penyelam skuba Yosuke Tanaka, 41, dan isterinya, Miki, 34, pada awal bulan ini di luar pantai Bandar Toyooka.
Klip video itu menunjukkan sotong gergasi dengan sesungut besar dan panjang berwarna putih dan merah pucat muncul selama 30 minit di depan mereka.
Pakar marin berkata, sotong bersaiz gergasi itu jarang ditemui di pantai, tetapi rakaman kamera bawah air menunjukkan bagaimana haiwan itu seolah-olah tidak menyedari kehadiran penyelam yang mengekorinya.
Bagaimanapun dalam rakaman sama, sotong tersebut kelihatan ‘lesu’ apabila kulitnya seperti mengelupas dan mungkin mati bila-bila masa.
“Ini raksasa laut. Tapi mengapa ia berenang perlahan atau diserang ikan paus dan sakit,” katanya.
Bagaimanapun, seorang lagi membalas komen bahawa ia mungkin sotong yang sudah tua dan mungkin mati di lokasi rakaman di buat.
Sementara itu, seorang penyelidik di Muzium Alam Semulajadi dan Sains Negara, Tsunemi Kubodera berkata, sotong gergasi jarang muncul di laut cetek berbanding laut dalam.
VIDEO: Rare video captured by divers shows a 2.5-metre giant squid swimming in the waters off Japan’s west coast. Giant squid are known to live in the waters around the country and occasionally wash ashore, but seeing them alive in the wild remains relatively rare. pic.twitter.com/zl5acLciKN
— AFP News Agency (@AFP) January 21, 2023