Sorok mayat bapa selama 6 tahun, anak menantu ‘berjoli sakan’ makan duit pencen haram

Photo of author

By Syima Iza

Sorok mayat bapa selama 6 tahun, anak menantu ‘berjoli sakan’ makan duit pencen haram.

Taktik licik sepasang suami isteri dari Kansas, Amerika Syarikat untuk memakan wang pencen ‘haram’ bapa mertua berjumlah AS$215,000 (RM1.1 juta) milik bapa saudara mereka yang sudah meninggal dunia telah membawa padah apabila mereka didakwa baru-baru ini.

Malah pasangan itu sanggup menyembunyikan mayat bapa saudara dalam rumah mereka selama enam tahun demi mengambil wang persaraan bulanannya.

Sorok mayat bapa selama 6 tahun, anak menantu 'berjoli sakan' makan duit pencen haram

Bagaimanapun, taktik mereka terbongkar apabila pihak berkuasa berkata alat perentak jantung Mike Carroll telah menunjukkan dia meninggal dunia pada 2016 semasa berumur 81 tahun dan mayatnya tidak ditemui sehingga 2022 sehingga menjurus kepada siasatan selanjutnya.

Pendakwa raya berkata, tertuduh anak perempuan Carroll, Lynn Ritter dan menantunya, Kirk Ritter, masing-masing berusia 61 tahun didapati ‘berjoli sakan’ dengan berbelanja dari akaun bank milik bapanya yang mayatnya masih disimpan atas katil di rumah didiami mereka.
Anggota keluarga memberitahu portal berita Kansas City Star bahawa mereka masih tertanya-tanya mengapa Lynn sering memberi alasan mereka tidak boleh melawat atau menelefon Carroll dan menyatakan ayahnya ‘sihat’.

Namun, selepas kes ini tersebar baru lah mereka tahun bahawa Carroll itu sudah meninggal dunia sejak enam tahun lalu dan anak serta menantunya menyembunyikan kematian semata-mata untuk mencuri duit pencennya tanpa melaporkan kepada polis.

Pasangan itu dijangka hadir ke Mahkamah Persekutuan untuk berdepan beberapa pertuduhan pada 2 Februari depan.

Pendakwa raya berkata, skim pencen dan bayaran Keselamatan Sosial diterima Carroll sejak enam tahun lalu berjumlah AS$216,067.

Tetapi rekod bank dari masa itu menunjukkan cek ditulis dari akaun banknya dan ditunaikan oleh Lynn dan Kirk Ritter.

Baca Juga:
Daim seru rakyat bangkit lawan ‘musang berbulu ayam’
Wanita mengamuk di pusat kesihatan kerana majikan tak bayar gaji 5 bulan
Pelanggan wanita nyaris patah gigi termakan pastri ‘berinti’ acuan keluli