Bekas bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams meluahkan rasa terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memberi hadiah atau buah tangan untuk dibawa pulang Sydney, Australia.
Menjengah di ruang komen, rata-rata netizen teruja melihat Williams memakai kain pelikat berserta songkok.
Kata @syafiqahzwwi, “Hahahaha vibes Malaysia terus eh berkain pelikat”.
Sebelum itu, Williams berada di negara ini bagi menghadiri pelbagai program keagaaman dan aktiviti sukan antaranya Klinik Rugbi di Mini Stadium Majlis Sukan Negara dan makan tengah hari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau juga menyertai kempen Solat Subuh Macam Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya pada Ahad lalu.
Thank you, Malaysia 🤲🏽❤️🇲🇾 pic.twitter.com/X5efAxqbXL
— Sonny Bill Williams (@SonnyBWilliams) February 28, 2024