Solat Tarawih terpantas 23 rakaat hanya 7 minit

Photo of author

By Syima Iza

Solat sunat Tarawih sepantas 7 minit ditunaikan jemaah di Pondok Al-Quraniyah, Krangkeng, dalam wilayah Jawa Barat, lapor laman berita Tribunjabar hari ini.

Solat sunat digelar ‘Tarawih kilat’ itu ditunaikan dalam 23 rakaat. Ia hanya melibatkan masa antara 6 hingga 7 minit.

Masjid yang menjadi lokasi solat itu dipenuhi dengan jemaah yang menunaikan solat sunat itu semalam, dengan kebanyakannya terdiri daripada golongan muda.

Solat Tarawih terpantas 23 rakaat hanya 7 minit

“Ya, sampai ke halaman masjid (bersolat),” kata pengurus pondok itu, KH Azun Mauzun.

Solat sunat secara pantas itu sudah diadakan sejak 2006 dengan tujuan untuk mengajak golongan belia memperbanyakkan ibadat di bulan suci Ramadan, lapor media tempatan.

Baca Juga:

Jangan sentuh kucing ini! ‘Kucing beracun’ jadi buruan setelah terjatuh dalam tong berisi bahan kimia
Suami jahit telekung bertatah Swarovski buat isteri tercinta sempena sambut Ramadan
Datuk Malik lapor polis selepas dikaitkan dengan ‘Raja Dadah’ India