Siti Nurhaliza pukau 60,000 penonton, nyanyi lagu klasik Tamil ‘Munbe Vaa’

Photo of author

By Syima Iza

Siti Nurhaliza pukau 60,000 penonton, nyanyi lagu klasik Tamil ‘Munbe Vaa’. “Alhamdulillah, lega! Seronok tengok semua penonton bangun, standing ovation.”

Demikan luah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza usai persembahan memukau menerusi lagu klasik Tamil, Munbe Vaa pada konsert A. R Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Siti Nurhaliza yang anggun menyarung busana berwarna biru gelap terus membuktikan kehebatan dan memukau hampir 60,000 penonton yang hadir menyaksikan konsert legenda muzik India tersebut.

Siti Nurhaliza pukau 60,000 penonton, nyanyi lagu klasik Tamil 'Munbe Vaa'

Meluahkan rasa lega, Siti Nurhaliza juga mengakui gementar namun berjaya melaksana persembahan dengan baik sehingga namanya sohor kini di tangga pertama di Twitter sejak malam tadi.

“Mestilah gementar, gila tak! Dekat atas pentas itu, masa mula menyanyi, bila not pertama dah okay, terus okay,” katanya menerusi sebuah video yang tular hari ini.

Siti Nurhaliza yang menyampaikan lagu tersebut bersama vokalis ternama India, Haricharan Seshadri turut meluahkan rasa teruja kerana berpeluang berkongsi pentas dengan AR Rahman.

“Saya berbesar hati dan gembira kerana diberi peluang berkongsi pentas dengan penyanyi bertaraf legenda ini.

“Saya akan cuba menyampaikan lagu ini dengan sebaik yang mungkin,” katanya sebelum memulakan persembahan.

Baca lagi:
Seram! Misteri suara perempuan menyanyi di Villa jam 2 pagi cetus tanda-tanya
Tak tahan diliwat bertahun-tahun, anak tikam bapa sampai mati
Pelik tapi benar! singa jantan terkurung dalam sangkar selama 5 tahun terlupa cara ‘mengaum’