Siti Nurhaliza nak berniaga kuih depan rumah, sekali ini respon Datuk K

Photo of author

By Syima Iza

Siti Nurhaliza nak berniaga kuih depan rumah, sekali ini respon Datuk K.

Ingin mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan hasratnya untuk berniaga kuih-muih pada bulan Ramadan.

Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, berkata, dia telah meminta izin daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa, namun tiada jawapan yang diberikan.

Siti Nurhaliza nak berniaga kuih depan rumah, sekali ini respon Datuk K

“Saya ada beritahu suami, nak berniaga, nak jual kuih depan rumah bulan Ramadan ini. Bolehlah cari duit poket. Pembantu rumah saya pun pandai buat kuih, dapatlah isi masa lapang. Seronok tau berniaga. Tapi suami hanya berlalu pergi dengan seribu pertanyaan,” katanya.

Siti berkongsi perkara tersebut ketika sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Kata pelantun lagu Purnama Merindu itu lagi, suaminya mencadangkan agar dia hanya bersedekah kuih-muih tersebut.

“Suami kata lebih baik sedekah, bagi dekat orang je kuih yang saya buat itu. Saya jawab la, yang sedekah lain, yang berniaga lain,” katanya.

Sebelum ini, Siti pernah berkongsi cerita mengenai zaman kecilnya di mana dia sering membantu ibunya berniaga kuih di kampung.

@daniyazuera OUD BLOSSOM@Zura Ibrahim | Teamstarz KRIM SAUNA@Zura Ibrahim | Teamstarz PRODUK BEAUSITI@Zura Ibrahim | Teamstarz Korang dapat bayangkan tak Tokti jual kuih masa Ramadan nanti? Confirm laku keras guys. Silap2 ramai yg gigit jari xdpt rasa air tangan Tokti. Tokti excited tu nak mengimbau kenangan masa kecil. Aafiyah pun dah ready tu! Air tangan Tokti mmg sedap guys. Combine dengan Mimie…Sedap dooh #bisnesramadan #superwoman #sitinurhaliza #aafiyah #videoviral #viral #roadtoramadan2025 #Ramadan #projekramadan2025 #toktitiktok #lakukeras #ctdk ♬ Islamic Fashion – Dhenzy

Baca Lagi:
Jojo One Nation meninggal dunia rebah di masjid, video kisah penghijrahan beliau kembali tular buat ramai tersentuh
Cara wanita cuci siput sedut raih perhatian ramai, ‘Boleh Migrain Siput tu’
Adik buat laporan polis selepas tular video kakak kena tampar suami di pusat beli belah