Siti Kassim and the geng nak boikot klinik saya? silakan…tapi boikot KK Mart tetap ‘ON’ – Dr Akmal

Siti Kassim and the geng nak boikot klinik saya? silakan…tapi boikot KK Mart tetap ‘ON’ – Dr Akmal

Ketua Pemuda Umno, Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mempersilakan peguam Siti Kasim sekiranya mahu melancarkan boikot terhadap kliniknya di Merlimau, Melaka.

Akmal berkata, tidak ada masalah baginya jika pihak terbabit mahu memboikot kliniknya malah beliau juga akan tetap memboikot KK Mart.

“Ada kawan saya hantar link X (aplikasi X) Siti Kasim dan rakan-rakan nak lancarkan boikot klinik saya.

Siti Kassim and the geng nak boikot klinik saya? silakan...tapi boikot KK Mart tetap 'ON' - Dr Akmal

“Alhamdulillah tidak apa, sebagaimana kita ada hak untuk boikot KK Mart, geng-geng Siti Kasim kalau nak boikot klinik saya, it’s ok, tidak ada masalah.

“Sebab saya percaya rezeki itu bukan pada Siti Kasim dan gengnya, yang bagi rezeki itu Allah,” katanya hari ini.

Akmal turut menggesa Siti Kasim untuk datang ke Merlimau dan bertanyakan sendiri kepada penduduk kawasan itu perihal kliniknya sebelum mahu melancarkan boikot.

“Saya percaya juga Siti Kasim dan gengnya datang kat Merlimau ini, tanya dulu orang Merlimau, macam mana klinik Dr. Akmal Saleh ni, barulah lancarkan boikot,” katanya.

Susulan kelantangannya dalam gerakan memboikot KK Mart berikutan isu stoking jenama kalimah Allah, Akmal turut menerima kecaman beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan tindakannya itu.

Malah Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menggesa Akmal mengambil tanggungjawab atas ketegangan masyarakat yang masih berlarutan kesan kempen boikot yang dilancarkan terhadap kedai serbaneka terbabit. – 1 April 2024.

Baca Juga:
Tak pasal-pasal kena qada puasa, masjid laung azan maghrib 4 minit awal
Baru dua minggu beroperasi, KK Mart Sungai Isap Kuantan dilempar ‘molotov cocktail’
‘Nasib baik belum masuk mulut’ – Peniaga pelik ada segenggam paku dalam lemang yang dijual
CATEGORIES