Siapa sebenarnya pak cik ni?, setiap kali ada program RXZ Members, mesti dia datang

Photo of author

By Syima Iza

Siapa sebenarnya pak cik ni?, setiap kali ada program RXZ Members, mesti dia datang.

Gelagat seorang warga emas berserban yang menunggang motosikal jenis RXZ 6 Speed mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian video dalam grup Marang Kiter Official, ramai netizen memuji kesungguhan lelaki tersebut yang menunggang motosikal untuk menyertai program RXZ Members 6.0 yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak pada hari Jumaat.

Siapa sebenarnya pak cik ni?, setiap kali ada program RXZ Members, mesti dia datang

“Nampak anak-anak muda ikut dia… depan belakang jaga. Kalau singgah masjid, semua singgah… ikut sekali. Pak cik ni tiap-tiap tahun hadir,” komen Mohamad Johari Abdullah.

“Hebat pak cik… semoga selamat sampai ke Terengganu,” ujar Kin Yusoff.

Sementara itu, menerusi hantaran di akaun Facebook Arena Motor, turut dikongsikan gambar warga emas tersebut yang dikenali sebagai Paksu Tomoi.

“Siapa kenal otai RXZ ini? Paksu Tomoi bersama RXZ 6 Speed First Modelnya hadir ke RXZ Members 6.0 selepas lama berehat akibat kemalangan sebelum ini,” katanya.

@sinarharianonline Gelagat seorang warga emas berserban menunggang motosikal jenis RXZ 6 Speed mencuri perhatian pengguna media sosial. Menerusi perkongsian video di grup Marang Kiter Official, ramai netizen memuji kesungguhan lelaki tersebut menunggang motosikal untuk menyertai program RXZ Members 6.0 yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada Jumaat. #SinarHarian #SinarTerkini #WargaEmas #RXZ #Motorsikal #Video #Viral ♬ original sound – Sinar Harian

“Terbaik Paksu… semoga selamat perjalanan pergi dan balik,” kata Khalim Miswan. “Orang lama kena dihargai dan semoga sihat selalu,” ujar Rohim Muhammad.

Program RXZ Members 6.0 yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus bermula hari ini hingga Sabtu dijangka menarik penyertaan 80,000 peserta dari seluruh negara.

Baca Juga:
Pengasas kedai runcit ternama kini tersenarai jutawan dalam Malaysia, bekas pekerja dedah realiti sebenar ketika kerja
Otai RXZ tunggang motor pakai serban ke ‘RXZ Member 6.0’ Terengganu curi perhatian ramai
Lelaki bela landak Jawa menangis histeria selepas dihukum penjara 5 tahun