Siapa sangka pengemis yang dilihat miskin harta ketika hayatnya rupanya memiliki wang berjuta-juta!

Photo of author

By Syima Iza

Siapa sangka pengemis yang dilihat miskin harta ketika hayatnya rupanya memiliki wang berjuta-juta!

Walaupun kedengaran agak pelik, seorang pengemis wanita berstatus orang kelainan upaya (OKU) yang bergantung hidup menerusi sumbangan orang ramai di Lebanon disahkan meninggal dunia sebagai jutawan. Macam mana agaknya tu?

Polis tempatan terkejut selepas mendapati Fatima Othman, 52, berjaya mengumpul wang dengan begitu banyak ketika meminta sedekah di kawasan jalan raya sekitar bandar Beirut.

Siapa sangka pengemis yang dilihat miskin harta ketika hayatnya rupanya memiliki wang berjuta-juta!

Mayat Fatima ditemui dalam sebuah kereta terbiar di daerah Barbir di sini bersama dua beg mengandung wang tunai AS$3,300 (RM13,100).

Pemeriksaan lanjut menemui satu buku akaun simpanan sebuah bank Fatima mengandungi deposit wang terkumpul sebanyak AS$1.1 juta (RM4.3 juta).

Siapa sangka pengemis yang dilihat miskin harta ketika hayatnya rupanya memiliki wang berjuta-juta!

Jurucakap polis, Joseph Musallem menyatakan, Fatima meninggal dunia akibat serangan jantung dan tidak disiasat sebagai kes kematian akibat perbuatan jenayah.

Fatima cacat selepas cedera ketika Perang Saudara Lebanon yang menyebabkan tangan dan kakinya kudung, menurut akhbar tempatan.

Baca Lagi:
Che Ta beri nasihat kepada para isteri jangan tayang suami di media sosial nanti ramai yang berkenan
Wanita buat muka selamba lari selepas langgar kereta
Individu dedah pelajar tahfiz tengok konsert KEPCI adalah anak pelarian Rohingya