“Siapa call pencegah maksiat?” – Lelaki ‘gelak sakan’ selepas ditangkap basah oleh JAIS”

Photo of author

By Syima Iza

“Siapa call pencegah maksiat?” – Lelaki ‘gelak sakan’ selepas ditangkap basah oleh JAIS”.

Hanya disebabkan salah seorang rakan memiliki ‘suara wanita’, sekumpulan lelaki yang berada di sebuah bilik hotel diserbu anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Video berdurasi 22 saat itu dikongsikan oleh pengguna TikTok @Jiey dan mendapat lebih 41,000 sukaan setakat ini.

"Siapa call pencegah maksiat?" - Lelaki 'gelak sakan' selepas ditangkap basah oleh JAIS"

Sebab suara dia pencegah maksiat datang.
“Siapa yang ‘call’ pencegah maksiat ni? Ya Allah ya Tuhanku!,”soal perakam video diiringi gelak ketawa yang lain.

Gara-gara tersalah terjah, anggota JAIS dan kumpulan lelaki terbabit hanya mampu ketawa geli hati sesama sendiri.

Melihat situasi kelakar itu, para penonton turut terhibur dan ada segelintir yang meninggalkan komen di hantaran berkenaan.

“Cegah maksiat lelaki sama lelaki pun boleh hahaha,”komen bibigarl.
“Naya pak karim,”ujar zaza lambert.
Baca Lagi:
“Selamat datang ke neraka” – Bekas tahanan kongsi pengalaman diseksa dengan kejam setelah enggan cium dan kibar bendera Israel
“Saya tidak pernah mempertikaikan perjuangan Hamas tetapi strateginya” – Azhar Sulaiman pertahan pandangan setelah dikecam ramai
Meerqeen cium Mimi Lana di kelab malam? Ini penjelasan tuan badan