‘Siapa berani beli?’ Rumah didakwa miliki kuasa ghaib hendak dijual RM4.4 juta

‘Siapa berani beli?’ Rumah didakwa miliki kuasa ghaib hendak dijual RM4.4 juta

‘Siapa berani beli?’ Rumah didakwa miliki kuasa ghaib hendak dijual RM4.4 juta.

Sebuah rumah di Bangkok yang didakwa mempunyai ‘kuasa ghaib’ mendapat perhatian ramai sehinggakan ia diiklankan untuk dijual pada harga 33.3 juta baht (RM4.4 juta), lapor portal berita Thaiger semalam.

Rumah itu mempunyai tiga bilik tidur, dua ruang tamu, dua bilik mandi, dapur, dua bilik persalinan dan bilik simpanan. Ia juga mempunyai tempat letak kereta untuk dua buah kenderaan.

'Siapa berani beli?' Rumah didakwa miliki kuasa ghaib hendak dijual RM4.4 juta

Menurut hantaran dalam kumpulan sembang Facebook, Kumpulan Rumah Terpakai Dengan Harga Tinggi di Bangkok, pemilik hartanah itu tinggal di rumah tersebut selama kira-kira 30 tahun dan tidak pernah terfikir untuk menjualnya.

“Rumah ini mempunyai ‘tenaga’ yang pelik tetapi saya mahu menekankan bahawa tiada hantu di sini kerana tiada siapa pernah mati di rumah ini.
“Jika anda bangun pada pukul 3 pagi secara semula jadi tanpa menetapkan penggera, segala-galanya di sekeliling anda akan berubah. Keadaan di dalam bilik tidur akan berubah,” kata pemilik rumah tersebut.

Pemilik itu mendakwa bahawa satu lubang hitam besar akan terbentuk di dinding bilik yang kelihatan pada pukul 3 pagi walaupun lampu ditutup.

Namun, lelaki tersebut memberi amaran supaya tiada sesiapa memasuki lubang hitam tersebut.

“Anda hanya boleh menyentuhnya tetapi jangan masuk ke dalamnya kerana anda mungkin tidak dapat keluar semula,” katanya.

Baca Juga:
Tangisan ‘abang rambut perang’ berbaloi, sanggup jual motorsikal cari dana ke Qatar
Viral abang ‘Kopi Dukung’ pikul tong 20kg, laku 100 cawan sehari
Malin Gunung kongsi pengalaman aneh bawa pendaki ke puncak Gunung Tahan
CATEGORIES