Shila Amzah mimpi suami ‘disondol’ wanita, netizen pula petik nama Sophia Albarakbah

Shila Amzah mimpi suami ‘disondol’ wanita, netizen pula petik nama Sophia Albarakbah

Shila Amzah mimpi suami ‘disondol’ wanita, netizen pula petik nama Sophia Albarakbah.

Baru-baru ini, penyanyi Shila Amzah berkongsi mengenai satu mimpi aneh yang mana suaminya, Ubai, telah diganggu seorang wanita.

Menurut Shila, wajah wanita itu masuk ke dalam mimpinya kerana gosip mengenainya terlalu kerap muncul.

“Banyak sangat gosip pelakon perempuan ini hingga dia termasuk dalam mimpi sudah dua kali, kacau Ubai. Sudahlah mood tidak baik bila bangun pagi.

Shila Amzah mimpi suami ‘disondol’ wanita, netizen pula petik nama Sophia Albarakbah

“Semalam (beberapa hari lalu) nampak dia di stadium, mimpi lagi. Terlalu ‘real’. Anda pernah macam ini tak?” kongsi Shila.

Banyak sgt gossip pelakon pompuan ni sampai dia dah termasuk Dalam mimpi dah dua Kali ?
Dia Kacau ubai Dalam mimpi sha pulak tu..dah bad mood bangun pagi..ubai pun dgn penuh sabar, “mimpi je tu sayang” .
Semalam nampak dia Kat stadium, mimpi lagi hahahaha.
And it was so vivid,…

Perkongsian itu nyata menarik perhatian netizen, hingga ada yang memetik nama pelakon wanita, Sophia Albarakbah.

Sophia bagaimanapun tidak melatah dengan tuduhan yang dilemparkan netizen dan berkata beliau tidak perlu membuat komen dan ulasan kerana ia tiada kena mengena dengan dirinya.

“Saya rasa tidak perlu komen tentang isu itu kerana tidak ada kena mengena dengan saya.

“Netizen tahu ya dia (Shila) mimpi siapa (ketawa). Hebat netizen kita,” kata beliau.

Baca Lagi:
Wanita terkejut 24 biji telur bertukar jadi separuh masak lepas tertinggal dalam kereta
Rakyat Malaysia gaduh dengan rakyat Indonesia sebab menu Patin Tempoyak, rupanya bukan asal dari negeri Pahang?
Wanita menangis tak ada duit nak balik lepas kena tinggal pakwe di stesen minyak, tindakan lelaki ini cuba bantu dipuji ramai
CATEGORIES