Suami kepada pelakon Sharifah Amani, iaitu Ahmed Faris Amir, mengucapkan rasa syukur selepas isterinya selamat melahirkan anak sulung mereka, yang diberi nama Ahmed Mohsein.
Berita gembira itu dikongsi Faris menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Faris, Amani dan anak mereka kini berada dalam keadaan baik. Selain itu, Faris juga mendedahkan nama pilihan buat permata hati pertama mereka iaitu Ahmed Mohsein.
Hantaran itu turut disertakan dengan foto yang merakamkan wajah Faris dan Amani sedang tersenyum sambil memandang cahaya mata kesayangan mereka.