Shah Rukh Khan umum berhenti merokok, pernah hisap 100 batang rokok sehari

Photo of author

By Syima Iza

Shah Rukh Khan umum berhenti merokok, pernah hisap 100 batang rokok sehari.

Bintang Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan, yang sebelum ini dikenali dengan tabiat buruk menghisap 100 rokok sehari, mengejutkan ramai apabila mengumumkan bahawa dia telah berhenti merokok, lapor agensi.

Pengumuman tersebut dibuat oleh aktor berkenaan semasa sesi ramah mesra bersama peminat sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-59, yang berlangsung di kediamannya di Mumbai, India, baru-baru ini.

Shah Rukh Khan umum berhenti merokok, pernah hisap 100 batang rokok sehari

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh peminat di media sosial, Shah Rukh Khan kelihatan optimis dengan keputusan yang dibuatnya itu.

“Ada berita baik, saya sudah tidak merokok. Saya ingatkan saya sudah tidak sesak nafas apabila berhenti merokok, tetapi rupanya masih ada,” katanya dalam video tersebut.
“Insya-Allah saya akan baik-baik sahaja,” kata pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu.

Pada 2012, Shah Rukh Khan sempat menuai kecaman apabila didenda kerana melakukan kesalahan menghisap rokok di tempat awam ketika menyaksikan pertandingan Liga Utama Kriket India.

Tujuh tahun lalu, Shah Rukh Khan pernah berjanji berhenti merokok dan mengambil minuman keras demi anak-anaknya, Aryan, Suhana dan Abram.

Baca Lagi:
Senarai 5 wanita paling jahat di dunia, no 4 paling ngeri
Majikan diwajibkan tanam mikrocip pada haiwan peliharaan kucing & anjing
Ejen rumah diam seribu bahasa selepas lelaki nampak ‘Sesuatu’ bertenggek atas tangga dalam iklan rumah