“Setiap kali orang beli, pak cik ini akan tunduk tanda terima kasih, siap doakan lagi untuk pembeli”

Photo of author

By Syima Iza

“Setiap kali orang beli, pak cik ini akan tunduk tanda terima kasih, siap doakan lagi untuk pembeli”.

Perbuatan seorang peniaga yang tunduk sebagai tanda syukur setiap kali pelanggan membeli kuih sejuk beku daripadanya telah mengundang rasa sebak dalam kalangan orang ramai.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @Fatinshafiqaa, dia dan ibunya singgah membeli kuih yang dijual oleh seorang lelaki yang menggunakan kereta Perodua Kancil uzur sebagai tempat berniaga.

“Setiap kali orang beli, pak cik ini akan tunduk tanda terima kasih, siap doakan lagi untuk pembeli"

“Pak cik buat sendiri kuih ini dengan isteri. Setiap hari pukul 3 petang berniaga di sini. Murah sangat. Semua kuih, 12 biji, RM6 je pak cik jual,” tulisnya dalam video tersebut.

Ibunya turut memborong beberapa plastik kuih seperti karipap dan cucur badak.

Tunduk Sebagai Tanda Syukur

@ftnpqaEdit sambil nangis hm 😭 Ingat sesusah kita ada yang lagi susah.

♬ bunyi asal – takdir & waktu


Apa yang lebih menyentuh hati, lelaki itu tunduk sebagai tanda syukur sebaik sahaja menerima wang daripada ibunya. Tindakan tersebut disertai dengan doa ikhlas kepada pembeli kerana sudi menyokong jualannya.

“Setiap kali orang beli, pak cik ni memang akan tunduk tanda terima kasih. Siap doakan lagi untuk kita. Semoga doa pak cik ini Allah angkat,” luah Fatin dengan nada sebak.

Menyentuh Hati Pengguna Media Sosial

Hantaran tersebut menyentuh hati ramai pengguna media sosial, yang rata-ratanya kagum dengan keikhlasan dan ketulusan lelaki itu dalam mencari rezeki.

“Orang macam ini kita kena sokong, sebab dia berniaga bukan untuk kaya, tapi untuk teruskan hidup dan sara keluarga,” ujar Lynn.

“Daripada beratur beli produk orang kaya, baik kita sokong peniaga macam ini,” kata Amyzuliatie.

“Belilah kuih dia. Memang sedap. Karipap dia rasa macam kuih kampung asli. Haritu, bagi duit lebih sikit, dia doakan sampai aku masuk kereta. Sebak weh,” kongsi Lin Razali.

Tindakan lelaki tersebut menjadi inspirasi kepada ramai, mengingatkan kita tentang kepentingan menyokong peniaga kecil yang mencari rezeki secara jujur dan penuh keikhlasan.

Baca Juga:
Payung percuma MBSA jadi rebutan
Lelaki kongsi doa untuk temu duga kerja, ramai akui dapat kerja selepas amalkan
Cikgu sunting wajah anak murid guna AI, ‘hidupkan’ cita-cita mereka raih perhatian ramai