‘Setepek kena sound’ lelaki jerkah pasangan isi minyak RON95 kereta plat Singapura, netizen minta ambil tindakan!
Pemandu kenderaan tersebut meminta lelaki berbaju hitam untuk meletakkan semula nozel, sebaik menyedari dia mengisi petrol RON95 pada kereta bernombor pendaftaran Singapura.
Umum mengetahui penjualan petrol RON95 atau ‘minyak kuning’ sudah disubsidikan khas buat rakyat serta kenderaan yang didaftarkan di Malaysia.
Oleh itu, warga asing dan kereta berdaftar dari luar negara tidak dibenar untuk mengguna dan membelinya. Malah mana-mana pemilik stesen yang ditangkap menjual bahan api kepada kenderaan berpendaftaran asing boleh dikenakan denda sehingga RM2 juta.
Lelaki jerkah tindakan pasangan isi minyak RON95 pada kereta berpendaftaran Singapura
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura telah bertindak mengisi minyak kuning.
Menerusi video yang tular di laman X (Twitter), awalnya seorang pemandu lelaki telah menurunkan tingkap sebelum bertindak menegur lelaki dipercayai warga Singapura yang sedang mengisi minyak keretanya dengan menggunakan RON95.
“Bro nombor pendaftaran awak dari mana? Awak rakyat Singapura bukan?” soalnya kepada lelaki berkenaan dalam bahasa Inggeris.
Lelaki yang memakai baju hitam itu kemudiannya seolah-olah tidak memahami apa yang ditanya oleh pemandu berkenaan sebelum bertanya kepada seorang wanita.
Kereta berpendaftaran Singapura tak boleh isi minyak kuning
Pemandu itu kemudian bertanya adakah dia dari Singapura dan memaklumkan kereta mereka tidak boleh diisi dengan nozel berwarna kuning yang merupaka RON95 kerana ia hanya boleh digunakan oleh rakyat Malaysia.
Setepek je kena sound. Viral kan muka orang bodoh yang masih tak tau minyak subsidi hanya kenderaan nombor pendaftaran Malaysia sahaja. Ko Malaysian pakai la nombor plat singapore ke Thailand ke Amarika ke tetap TAK LAYAK untuk petrol subsidi. pic.twitter.com/Bd7NVvT2ns
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) February 5, 2024
Wanita itu kemudian memaklumkan dia adalah rakyat Malaysia, namun pemandu itu menjelaskan nombor kenderaan itu bernombor pendaftaran Singapura. Sebaik mendengar kata pemandu itu mereka kemudian seolah-olah tidak mahu melayannya.
Namun selepas didesak lelaki berkenaan mengatakan dia tidak tahu dan memohon maaf.
“Ini salah, awak letak sekarang (nozel). Letak balik nozel, ini negara saya. Awak tak boleh buat begitu kepada negara saya.
“Nombor pendataran awak adalah Singapura, bagaimana awak boleh isi minyak kuning (nozel berwarna kuning) ia bersubsidi,” katanya lagi.
Letak semula nozel, pemandu turut persoal mengapa pekerja membiarkan pasangan isi minyak RON95
Lelaki berbaju hitam itu kemudiannya meletakkan semula nozel berwarna kuning dan sekali lagi meminta maaf.
Pemandu tersebut turut bertanya kepada pekerja di situ mengapa membenarkan pasangan tersebut mengisi minyak RON95 sebelum wanita berkenaan menjelaskan dia adalah rakyat negara ini.
Namun pemandu itu berkata meskipun dia adalah warganegara Malaysia namun wanita itu tidak boleh menggunakan petrol bersubsidi kepada kenderaan bernombor pendaftaran dari luar negara.
Ramai minta ambil tindakan
Melihat di ruangan komen, ramai yang meminta pemandu berkenaan mengambil tindakan kepada stesen minyak tersebut kerana membenarkan mereka mengisi minyak RON95.
Malah mereka menyifatkan pengusaha stesen minyak perlu tegas untuk tidak membenarkan warga asing mengisi minyak RON95.
“Lain kali tekan je butang merah automatik semua minyak dekat stesen tu berhenti”