Setelah viral dikatakan biadap campak duit kepada pelanggan, anak sulong peniaga tampil beri penjelasan

Setelah viral dikatakan biadap campak duit kepada pelanggan, anak sulong peniaga tampil beri penjelasan

Setelah viral dikatakan biadap campak duit kepada pelanggan, anak sulong peniaga tampil beri penjelasan. Kecoh baru-baru ini di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan seorang pekerja kedai makan di Perlis bertindak biadab terhadap pelanggannya.

Dalam video tersebut, pekerja wanita mencampak duit bernilai RM8 ke arah pelanggan gara-gara ditegur pelanggan itu.

Tindakan kasar pekerja terbabit telah mengundang kecaman ramai, malah ada yang turut berkongsi mengalami situasi yang sama apabila datang ke kedai makan tersebut.

Setelah viral dikatakan biadap campak duit kepada pelanggan, anak sulong peniaga tampil beri penjelasan

Rentetan isu itu, seorang pengguna TikTok telah memuat naik satu hantaran penjelasan daripada wakil kedai makan terbabit.

Menerusi perkongsian redzamasari, anak sulung kedai makan terbabit memaklumkan situasi berlaku apabila kedai sedang menerima jumlah pelanggan yang ramai.

Menurutnya, pelanggan yang tular itu mahu membuat bayaran secara QR dan ketika itu ibunya sedang sibuk melakukan beberapa tugas lain sambil mengesahkan bayaran yang dibuat pelanggan.

@redzamasari Replying to @fatienyss ♬ original sound – redzamasari

Namun, tiba-tiba pelanggan tersebut membuat teguran mengenai adab dengan nada tinggi yang sekali gus menjadi punca pertelingkahan berlaku.

“Tiba-tiba mangsa (pelanggan) patah balik cakap layan pelanggan elok sikit dengan nada tinggi, dekat situlah terjadi,” katanya.

Walau bagaimanapun, wakil kedai makan itu mengakui pihaknya juga ada melakukan kesilapan dan memohon maaf atas insiden yang berlaku.

“Saya buat posting ini bukan nak cakap saya betul, saya buat untuk selesaikan masalah dan juga memohon maaf secara terbuka kepada semua,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berpendapat penjelasan yang diberikan bertentangan dengan apa yang didakwa pelanggan tular itu.

Dalam pada itu, netizen tetap tidak bersetuju dengan cara layanan pekerja terbabit walaupun sedang sibuk dengan ramai pelanggan.

Baca Lagi:
Lelaki bunuh isteri depan anak-anak sempat mandikan jenazah isteri sebelum menyerah diri
Kau pondan, tiada anak – Azwan Ali kena sound dengan Che Ta
Pemancing jumpa mayat bayi kembar perempuan baru lahir terapung di sungai
CATEGORIES