Setelah tular dakwaan kaunter AKSB masih belum dibuka jam 9 pagi, Nik Amar kata staf ke tandas sekejap

Photo of author

By Syima Iza

Setelah tular dakwaan kaunter AKSB masih belum dibuka jam 9 pagi, Nik Amar kata staf ke tandas sekejap.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah menafikan kaunter Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Pasir Mas masih ditutup walaupun waktu pejabat sudah bermula.

Beliau berkata, kakitangan syarikat itu sebenarnya sudah ada namun dia ke tandas sebentar sebelum kembali semula untuk bertugas pada jam 9.30 pagi.

Setelah tular dakwaan kaunter AKSB masih belum dibuka jam 9 pagi, Nik Amar kata staf ke tandas sekejap

“Pada Ahad tular kata kaunter AKSB kosong. Saya baca dan terkejut juga, tetapi saya rujuk kepada pihak berkenaan… rupanya kakitangan keluar sekejap untuk ke tandas.

“Secara kebetulan pelanggan itu datang pada jam 9.13 pagi, jadi (kaunter) kosong. Silapnya kakitangan berkenaan tidak meletakkan notis atas kaunter,” katanya pada minit ke-24 menerusi program diskusi Kelantan maju 2028 yang disiarkan secara langsung melalui Facebook, malam Ahad.

Menurutnya, pada masa yang sama, pengguna yang datang itu turut membuat tohmahan mengatakan kakitangan tidak bekerja.

Ujarnya, situasi itu menyebabkan panggilan tidak dijawab serta sebagainya dan akhirnya perkara tersebut telah tular.

Sebelum itu pemilik pengguna Facebook Hanif M Noor memuat naik hantaran berhubung kekecewaannya ketika mahu berurusan dengan AKSB.

Katanya, dia menghubungi AKSB tetapi tidak mendapat respons daripada kakitangan syarikat operator bekalan air tersebut.

Hantaran itu kemudian tular dengan perkongsian hampir 3,000 kali oleh pengguna Facebook lain serta pelbagai kritikan terhadap AKSB dan kerajaan negeri Kelantan.

Mohd Amar berkata, masalahnya sekarang adalah sikap orang ramai yang mudah membuat kesimpulan terhadap situasi yan didakwa.

“Kita orang Islam kena cermat dan kena ingat dosa serta pahala. Jika benda kita buat dosa dan akhirnya tersebar, jadi kita pun menanggung dosa itu sampai bila-bila. Orang guna media sosial dan suka sebar tanpa semak fakta dahulu sama ada betul atau sebaliknya,” ujarnya.

Setelah tular dakwaan kaunter AKSB masih belum dibuka jam 9 pagi, Nik Amar kata staf ke tandas sekejap

Setelah tular dakwaan kaunter AKSB masih belum dibuka jam 9 pagi, Nik Amar kata staf ke tandas sekejap

 

Baca Lagi:
‘Sampai mati saya akan buat’ – Bos Mydin menangis mengenangkan jasa Allahyarham Salahuddin Ayub
Unsur Nadir Bumi (REE): Pegawai kanan kerajaan negeri Kedah pula dicekup SPRM
PKR umum 20 senarai calon, Altimet bertanding DUN Lembah Jaya