Setelah digantung tugas, kini Inspektor Sheila jadi pempengaruh produk kecantikan di TikTok pula

Photo of author

By Syima Iza

Setelah digantung tugas, kini Inspektor Sheila jadi pempengaruh produk kecantikan di TikTok pula.

Pegawai polis tular yang digantung tugas dan dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ itu, kini dilihat sedang mencuba laluan kerjaya baharu.

Sheila sebelum ini ditahan dan didakwa kerana mencemuh anggota polis berpangkat rendah di Gombak.

Menerusi laman sosial TikTok, pemilik nama sebenar Sheila Sharon Steven Kumar, 35, dilihat menghiburkan netizen dengan mencuba produk kosmetik dan menjadi pempengaruh untuk satu jenama kosmetik.

Setelah digantung tugas, kini Inspektor Sheila jadi pempengaruh produk kecantikan di TikTok pula

Dalam video itu, Sheila dilihat mempromosikan produk kosmetik itu sambil bibirnya dipakaikan gincu oleh seorang jurusolek sebelum dia secara spontan memalingkan mukanya dan ‘menyampuk’ perbualan dengan wanita lain.

Jurusolek itu kemudiannya secara berseloroh cuba menonjol kepala Sheila kerana sudah mengotorkan mekapnya dan klip itu dihentikan serta-merta.

@lzmantol Ada masa ganas 🤬 ada masa cantik 😝 #ratumantol #farmasilz #farmasimakeup #kelasmekap #farmasimalaysia #bisnesonline #jutawan #positivevibes #jerit #farmasicosmetics #inspektorsheila #kenahempuk ♬ bunyi asal – LUBUK LIZA

Dalam video berlainan, Sheila turut meminta orang ramai untuk mencuba produk berkenaan dahulu.

“Cuba dahulu, tak kenal maka tak cinta. Siapa nak bagi sehingga 50 peratus diskaun, tak ada orang nak bagi,” katanya dalam video klip kedua.

Komen yang ditinggalkan oleh netizen dalam video itu rata-rata mengatakan Sheila seorang yang kelakar walaupun beliau bercakap dengan nada yang tegas.

Malah ada juga yang mencadangkan supaya Sheila menjadi seorang wartawan atau pembaca berita kerana ketegasan suara yang dimiliki olehnya.

Sheila sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.

Dia didakwa mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Wanita itu turut didakwa menghina kesopanan seorang lelaki dengan berkata; “You (kamu) tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu,” mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Baca Lagi:
Gadis menari TikTok semasa mengerjakan haji dikecam orang ramai
Menteri buat kecoh di KLIA buka mulut, dedah apa sebenar yang berlaku
Wanita berpurdah terima mas kahwin RM93,000 dan kereta HR-V